 |
 |
| Pelbagai |
| |
|
Asam Pedas ikan terubuk.
2 ketul ikan terubuk yang telah dipotong.
5 helai c/kering. )
1/2 inci kunyit hidup ) di blender
1 biji bawang putih )
2 biji bawang merah )
1 helai daun kunyit
sedikit daun kesum
sebatang serai
Minyak untuk menumis
air asam jawa secukupnya
garam+gula
care2nya
Panaskan kuali+minyak. Masukkan bhan yang telah diblender, tumis hingga naik bau kemudian masukkan ikan. Pastu masuk air asam jawa dan segala macam daun tu+ garam+sikit gula, tunggu mendidih dan angkat.
IKAN SWEET SOUR
BAHAN-BAHANNYA
- 1 ekor ikan bawal atau kerapu
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar ( untuk hiasan)
- 1/2 inci halia
- 4 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos tomato
- 2 biji tomato
- sedikit air asam jawa
- garam dan serbuk perasa
- beberapa helai daun salad
- 1 tangkai daun bawang
- 1/2 sudu cilibo
CARA MEMBUATNYA
- Ikan dibersihkan dan disapu garam, serbuk kunyit dan cilibo dan digoreng hingga masak
- Bawang (merah dan putih) ditumbuk kemudian ditumis dengan 4 sudu minyak sehingga garing
- Masukkan sos cili dan sos tomato
- Apabila sudah digaul, masukkan air asam jawa
- 1 biji tomato dilenyek sehingga lumat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan
- Masukkan serbuk perasa
- Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong bulat bulat.
- Biarkan mendidih selama 2 - 3 minit, kemudian angkat dan hidangkan
- Hiaskan dengan hirisan buah tomato yang dipotong bulat bulat serta daun salad dan daun bawang.
Rendang Pedas Kerang
2kg kerang(direbus)
1 inchi halia
1/2 lengkuas
15 biji cili padi
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
1 biji kelapa
sedikit kerisik
2 helai daun kunyit
sedikit cili sos dan kicap
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1) Kerang yang telah di rebus tadi di asingkan dari kulitnya...ketepikan
2)Kisar cili padi,cili kering,bawang merah&putih,halia,lengkuas dan serai.
3)Tumiskan bahan -bahan tadi sehingga naik baunya dan kering sedikit......masukkan pula cili sos dan kicap
4)Masukkan perahan santan
5)Masukkan kerang dan biarkan mendidih
6)Rasakan garam dan gulanya
7)Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus
8)Biarkah kering dan sedia di hidangkan
Ketam goreng bersos cili
Bahan-bahan:
4 ekor ketam
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
10 tangkaiji cili kering
4 sudu besar cili sos dan tomato sos
sedikit kicap
garam dan gula secukupnya
Cara membuatnya:
1) Ketam di bersihkan dan di goreng .Jangan buang kulit badannya. Biarkan sekor-sekor gitu..
Goreng hingga bertukar warna kemerah-merahan.
2) Kisar cili kering,bawang merah dan putih.
3) Tumiskan bersama cili sos dan tomato sos.
4) Biarkan sehingga garing dan masukkan sedikit kicap
5) Masukkan garam dan gula ....sesuaikan rasanya
6) Masukkan ketam dan gaulkan
7) Biarkan seketika .....sedia di hidangkan
.
|
|
|