Pelbagai
Kueh  

ondeh2 buah melaka


bahan2
*pewarna yang bersesuaian(jangan warna hitam ..)
*tepung pulut(bolehdapat kat kedai..kalau tak ade buat sendiri)
*air secukupnye..
*garam secukup rase..
*gule Melake..kalau tak ade import dari kl pun ade..
kelapa parut yang dibuang kulit.

cara2:
-gaulkan tepung,garam,pewarne dalam mangkuk(dicampur dengan air ..lepastu jangan cair sudah le..kate orang putih al..gaulkan menjadi doh..agaknyee..)
-lepas tu blatkan kecik2 masukan kat dalam dia gula melake..
-pastu rebus dalam air yang mendidih sebab kalau rebus dalm air sejuk..tak masaklee..
-bila dah timbul tu hah apelagi angkat dan golekan dengan kelapa parut..

.
KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA

* 4 mangkuk iakan tamban atau selayang
* 6 mangkuk tepung sagu
* Garam dan serbuk perasa secukup rasa
* Air batu ikut kesesuaian adunan

CARA MEMBUATNYA

* Bersihkan ikan
* Asingkan tulang dan isinya
* Mesinkan isi ikan sehingga hancur
* Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
* Masukkan tepung sagu
* Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
* Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
* Panaskan air hingga mendidih
* Masukkan keropok lekor
* Angkat setelah ia timbul dipermukaan air


TIPS

* Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
* Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
* Tambahkan air batu jika adunan terkeras
* Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
* Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
* Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng


CILI CICAH
(S0S)
KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA

* 1 mangkuk air asam jawa
* 2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
* 1 mangkuk gula pasir
* 4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA

* Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
* Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
* Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung

LEMPENG GORENG SAMBAL


CARA A:
TEPUNG IKUT SUKA HATI
GARAM IKUT RASA
TELUR 1 BIJI
DIBANCUH DGN AIR ... SEHINGGA MEJADI CECAIR & BOLEH BENTUK KAN SPT. LEMPENG.
KEMUDIAN ITU DIPOTONG MEMAJANG SPT. MEE TIEW

CARA B:
LADA KERING - IKUT RASA
BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
IKAN BILI -LAGI BANYAK LAGI SEDAP.
BAHAN-BAHAN INI DI TUMBUK @ SEBAGAINYA SEHINGGA HALUS KECUALI IKAN BILIS KENA KASAR SIKIT SUPAYA RASA ENAKNYA ...

CARA MEMBUAT ;
PANASKAN MINYAK MASAK IKUT LAH BERAPA BANYAK BAHAN TADI....
TUMISKAN SAMBAL TADI ... SEHINGGA IA GARING SEGARING YANG BULEH. KEMUDIAN MASUKKAN GARAM .... & MASUKKAN LEMPENG YANG TELAH DI POTONG TADI.
SEHINGGA RATA DAN HIDANGKAN BERSAMA MINUMAN KEGEMARAN ANDA.

PENGAT PISANG

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji pisang raja atau abu
  • 60 g (6 paras sudu makan) susu tepung penuh krim - dibancuh dalam...
  • 200 ml (1 cawan) air masak
  • 80 g gula merah
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit sagu biji - direndam dengan air panas
CARA MEMBUATNYA
  • Kupas dan potong pisang 3/4 inci atau setebal yang dikehendaki
  • Masukkan susu, pisang, gula dan daun pandan ke dalam periuk
  • Biarkan hingga mendidih sambil kacau perlahan-lahan
  • Masak sehingga pisang empuk
  • Kuah hendaklah sentisa dikacau perlahan untuk memastikan ia tidak menjadi berkeping keping
  • Hidangkan panas atau sejuk

Kuih Cara Sri Ryna



Bahan-bahannya:

2 cawan santan kelapa
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cubit garam
2 mangkuk gula halus
1/2 cawan air daun pandan

Cara-cara membuatnya:

Masukkan tepung gandum yang telah di ayak ke dalam sebuah mangkuk.

Masukkan telur sebiji-sebiji dan kacau perlahan-lahan dalam satu arah sahaja.

Masukkan garam ke dalam santan kelapa.

Kemudian masukkan air santan tersebut secara sedikit-demi sedikit dan perlahan-lahan.

Pastikan juga di gaul/kacau dalam satu pusingan sahaja.

Apabila dah siap masukkan sedikit air santan sebagai pewangi dan pewarna.

Seterusnya panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak masakan.

Apabila telah panas, masukkan sesudu demi sedudu adunan cair tersebut ke dalam acuan.

Seterusnya masukkan sedikit gula mengikut citarasa.

Tutuplah acuan kuih cara di atas dapur itu dengan penutupnya agar kuih cara itu masak sama rata dengan bahagian bawahnya.

 

 

 
 
 
       

Semua isi kandungan dalam wangkita.com adalah hakcipta terpelihara. Sebarang salinan perlulah mendapatkan kebenaran daripada kami. Isi kandungan wangkita.com sama sekali tidak terlibat di dalam unsur pelaburan haram, skim cepat kaya atau yang berkaitan dimana melanggari undang-undang yang telah ditetapkan. Sila rujuk pada terma saya

Hubungi Saya | Terma dan syarat | Tanda dagang | Penafian
Copyright © 2009 wangkita.com . Segala Hak Cipta Dipelihara.