KEK

Jelly Kopi

400 gm agar-agar
4 sudu nescafe
gula secukup rasa
5 sudu tepung jagung
1 biji kelapa (diambil santannya)
2 sudu tepung beras
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Masukkan agar-agar hingga hancur, tambah air. Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian. Separuh dimasak dengan nescafe ditambah dengan gula. Kemudian dimasukkan dalam loyang.
Manakala separuh lagi dimasakkan dengan santan, tepung jagung ditambah tepung beras dan garam. Tuangkan di atas agar-agar pertama tadi.
Kemudian sejukkan. Selamat Mencuba.

Kek Coklat Hitam Manis


Bahan-bahan:

1 cawan butter atau mentega
1/4 cawan gula castor atau gula ising
3 cawan tepung ( mungkin lebih)
3 biji telur ( di pukul)
3 sudu besar serbuk vanilla van houten
1/2 cawan air panas
Esen vanilla
Cooking chocolate
Coklat rice dan sedikit badam cincang

Cara membuat;

1)Pukul butter dan gula sehingga kembang.Masukkan telur yang telah di pukul.Kacau sehingga sebati.
2)Masukkan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit dan gaulkan.
3)Masukkan esen vanilla,van houten( di ayak),air panas dan masukkan sedikit cooking chocolate yang di cairkan menggunakan 'double boiler'.
4)Gaulkan sehingga semua bahan-bahan sebati dan sedia untuk di bakar.
5)Bakar selama lebih kurang 45 minit.

Persediaan untuk hiasan di atas kek:

1)Menggunakan kaedah 'double boiler', masakkan cooking cocholate,butter dan sedikit gula ising sehingga sebati.
2) Sapukan bahan ini diatas dan tepi kek. Taburkan coklat rice dan badam cincang (jika suka)

 

kek pandan melake mari


bahan2:
-marjerin 250g
-daun pantan 4 helai (blender bersama setengah cawan air=ambil patinyele)
-5 biji telur ayam...
-gula(sukat menggunakan tin marjerin tadi...sebanyak setengah tin sahaje tak leh kurang..tak leh lebih nanti kek tak jadik..
-tepung gandum(sukat dengan tin marjerin..dua tin sahaje untuk mendapatkan kek yang gebu..lagi sensasiii..
-sedikit aisin vanilla sebagai perfume..

cara2:
marjerin dan gula masukkan dalam mangkuk...lepastu pukul sehingga kembang..chif wan kate lebih baik gune tangan..so baik gune tangan ,jangan gune mesin nanti kek tak jadik jangan salahkan adik.. bile adunan dah betul2 kembang..masukkan kuning telur dahulu..pukul lagi hingga kembang...pastu masukkan putih telur...pukul lagi hingga kembang..lepastu..masukkan tepung gandum pukul lagi biar sebati..oopss telupe panaskan oven sekarang jugak....lepastu masukkan aisin vanila ..sedikit serbuk penaik(kalau tak masuk pun tak ape.0,pati pandan...pastu pukul..pukul..pukul..adunan tadi hingga sebati dan kita berpuas hati...pastu ambil loyang/acuan kek...sapukan sedikit minyak masak..jangan minyak gas tauu.. lepastu masukkan adunan tadi dalam acuan..masukkan dalam oven..masak sehigga 30-40 minit
.

BAHAN-BAHAN:

    CHOCOLATE MOIST CAKE

  • 250 g. mentega  /majerin
  • 250 g. gula
  • 5 biji telur gred 'B'
  • 259 g. chocolate moist mix (boleh didapti di kedai kek)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar air suam

CARA MEMBUATNYA:
  • Putarkan mentega dan gula sehingga kembang
  • Masukkan telur sebiji sebiji
  • Campurkan susu dan air
  • Masukkan chocolate moist mix dan kacau rata
  • Turunkan kelajuan pemutar ke sederhana
  • Putar adunan sehingga lembut dan "creamy"
  • Lanserkan tin kek dengan majerin
  • Bakar adunan dengan suhu 180 drj C selama 40 minit
  • Setelah masak ,hidangkan

KEK LAPIS PRUN

BAHAN-BAHAN

  • 200 g mentega
  • 300 g telur
  • 150 g tepung gandum
  • 200 g buah prun
  • 50 g gula aising
  • 5 sudu kecil esen vanila
  • 3 g rempah kek lapis
CARA MEMBUATNYA
  • Campurkan tepung dengan rempah kek
  • Buah prun dibuang biji dan dibelah tiga
  • Pukul mentega, telur dan gula hingga kembang dan berkrim
  • Masukkan tepung, rempah dan esen vanila dan gaulkan hingga rata
  • Griskan acuan kek (bentuk 4 segi)
  • Masukkan sesenduk adunan kek ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 C hingga masak
  • Taburkan buah prun ke atas lapisan kek yang sudah masak
  • Masukkan sesenduk lagi adunan kek ke atasnya dan bakar semula sehingga masak
  • Ulangi proses itu sehingga habis

 
 
   
         

Semua isi kandungan dalam wangkita.com adalah hakcipta terpelihara. Sebarang salinan perlulah mendapatkan kebenaran daripada kami. Isi kandungan wangkita.com sama sekali tidak terlibat di dalam unsur pelaburan haram, skim cepat kaya atau yang berkaitan dimana melanggari undang-undang yang telah ditetapkan. Sila rujuk pada terma saya

Hubungi Saya | Terma dan syarat | Tanda dagang | Penafian
Copyright © 2009 wangkita.com . Segala Hak Cipta Dipelihara.