PELBAGAI JENIS MASAKAN
AYAM  

ayam berempah



1 ekor ayam
(dipotong kecil2)
5 bili bawang merah
2 ulas bawang putih
4sudu ketumbar di tumbuk halus
1 sudu jintan halus(manis)
1/2 sudu jintan kasar(putih)
sedikit kunyit serbuk
1/2 inci halia
4 batang serai
asam keping
minyak masak( tumis)
garam
gula

Cara membuatnya:

1. potong ayam kecil2, ikut suka.
2. ketumbar, jintan halus, jintan kasar, dan halia ditumbuk halus( diblender)
3. masukkan bawang merah dan bawang putih. tumbuk sekali
4.tumis bahan2 tadi hingga naik wangi. kemudian masukkan serai yang telah di titik (dipukul).
5. masukkan ayam. masukkan juga garam dan bairkan sehingga ayam tadi lembut sedikit.
6 masukkan asam keping dan gula secukup rase.
masakan ini bagus untuk anak kecil dan juga ibu2 yang dalam pantang.

ayam masak kicap berserai


1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 batang serai - dititik
sedikit jintan manis,kulit kayu manis dan bunga lawang
garam dan perasa secukupnya
asam jawa di bancuh dengan sedikit air
kicap pekat

cara

1. Ayam digoreng dan angkat
2. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan serai hingga wangi.
3. Masukkan pula jintan, kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Masukkan kicap dan air asam jawa, biar seketika.
5. Apabila telah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
6. Tambahkah garam dan serbuk perasa.

AYAM PERCIK
 

BAHAN-BAHANNYA 

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 cm. halia
  • 1 cm. lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 cm. kunyit
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula
* Aluminium foil untuk membungkus dan membakar ayam 

CARA MEMBUATNYA 

  • Ayam dipotong menjadi 2 bahagian dan dibasuh bersih
  • Bahan-bahan lain diatas ditumbuk lumat kemudian digaulkan dengan ayam tadi
  • Perap selama 1 jam
  • Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam 'aluminium foil'
  • Bungkus kemas, masukkan ke dalam kuali dan bakar sehingga hampir masak
KUAH PERCIK
BAHAN-BAHAN NYA 
  • 1 biji kelapa diambil 2 cawan pati santan (pekat)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar ciliboh
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 cm. halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu kacang goreng ditumbuk halus
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUATNYA 
  • Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat,       masukkan ke dalam periuk bersama pati santan, ciliboh, asam gelugur, garam serta gula secukup rasa
  • Masak sehingga mendidih, kemudian masukan kacang goreng yang ditumbuk halus serta tepung jagung yang telah dibancuh
  • Kacau sehingga pekat
  • Kemudian bolehlah diangkat
  • Ayam yang hampir masak dalam aluminium foil tadi dibuka balutannya dan dimasukkan kuah yang baru disediakan ini
  • Sediakan satu dulang atau loyang pembakar
  • Masukkan ayam yang berada dalam aluminium foil ke dalam loyang pembakar 
  • Bakar dalam ketuhar sehingga kelihatan hampir kering
  • Keluarkan dari ketuhar untuk dihidangkan.

 

Sambal ayam istimewa


Bahan-bahan:

I ekor ayam ( potong ikut suka )
i inchi lengkuas
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
25 tangkai cili keriing
garam dan gula
asam jawa
sedikit cili sos
kicap manis
Sehelai daun kunyit

Cara membuatnya:

1) Ayam di goreng separuh masak
2) Kisar cili kering,bawang merah dan putih dan lengkuas
3) Tumiskan bahan kisar sehingga garing
4) Masukkan perahan asam jawa,cili sos dan garam dan gula
5) Masukkan ayam dan tuangkan kicap manis(lebih banyak lebih sedap)
6)Masukkan carikan daun kunyit
7) Sedia di hidangkan

 

 
 
 
       

Semua isi kandungan dalam wangkita.com adalah hakcipta terpelihara. Sebarang salinan perlulah mendapatkan kebenaran daripada kami. Isi kandungan wangkita.com sama sekali tidak terlibat di dalam unsur pelaburan haram, skim cepat kaya atau yang berkaitan dimana melanggari undang-undang yang telah ditetapkan. Sila rujuk pada terma saya

Hubungi Saya | Terma dan syarat | Tanda dagang | Penafian
Copyright © 2009 wangkita.com . Segala Hak Cipta Dipelihara.