<
   
     
Home Page Image
 
 
 

 

mee goreng india muslim


bahan:
1. 1 bungkus meehon direndam
2. 4 ulas bawang putih dan 1
sudu besar lada hitam
(ditumbuk)
3. sedikit udang,daging dan
fishcat.(direbus bersama
perisa meggi)

cara-caranya:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan bahan yang direbus bersama air rebusanya sekali serta sedikit kicap pekat. Setelah agak sebati masukkan mee dan biarkan sehingga ia benar-benar masak

Mee Hoon Sayur


Mee hoon (direndam)
sedikit halia
bawang putih
bawang merah
sawi (potong)
daging ayam (dipotong dadu)
tomato (potong dadu)
cili merah (dihiris)
kicap

Cara buat:
Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah hingga hancur dan ditumis hingga naik baunya. Masukkan air lebih kurang 1 cawan dan masukkan ayam. Kacau hingga empuk dan masukkan garam secukup rasa. kalau suka tambah ajinomoto! Bila mendidih, masukkan mee hoon dan gaul sebati. masukkan sawi dan gaul lagi. Masukkan tomato, gaul dan angkat! Curah kicap dalam mangkuk dan masukkan hirisan cili merah. makan mee hoon ni panas-panas bersama kicap + cili merah!

MEE HAILAM ABADI 

BAHAN BAHANNYA:  

  • 1/2  kg. mee kuning 
  • 1/4 kg daging ayam dan daging  lembu 
  • 10 ekor udang (sedang) 
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk) 
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk) 
  • 1 sudu besar cilibo 
  • 1 ikat sawi hijau 
  • 1 potong kobis 
  • 1/2 batang lobak merah 
  • 1 bungkus 'baby corn' 
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang 
  • 2 biji limau nipis 
  • Sos cili  dan sos tomato 
  • Kicap 
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air 
CARA  MEMBUAT  
  • Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air. 
  • Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. 
  • Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing. 
  • Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi. 
  • Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). 
  • Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis. 
  • Masukkan pula sawi dan mee. 
  • Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi. 
  • Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau. 
  • Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. 
  • Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis. 

MI KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 350 g (5 cawan) mi kuning - dicelur dan ditoskan 
  • 200 g isi kerang
  • 150 g isi udang
  • 250 g dada ayam - dipotong kecil
  • 600 g (6 pokok) sawi dipotong kecil dan dicelur
  • 200 g taugeh - dicelur
  • 200 g (2 keping) tauhu - dibakar dan dipotong dadu
  • 500 ml (2 1/2 cawan) santan cair -diperah drp 1/4 biji kelapa
  • 650 ml  (3 1/4 cawan) air
  • 30 g (3 ulas) bawang merah   }
  • 10 g (2 ulas) bawang putih     } ditumbuk lumat
  • 20 g (2 cm) halia                      }
  • 40 g (4 sudu makan) rempah kari dijadikan pes
  • 3 sm kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 300 g (2 biji) tomato
  • 5 g (2 kpg) asam keping
  • 10 g (3 tangkai) daun kari
  • 15 g (3 tangkai) daun ketumbar - dihiris
  • 20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
CARA MEMBUATNYA:
  • Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,pelaga,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga kuning atas api rendah
  • Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Tumis hingga harum
  • Masukkan ayam dan gaul dengan rata.
  • Masukkan sedikit air.
  • Tutup dan masak di atas api sederhana selama 5 minit
  • Masukkan udang dan kerang
  • Masukkan asam keping, santan dan air. Biarkan ia mendidih
  • Masukkan garam. Biarkan ia masak beberapa minit.
  • Masukkan tomato kemudian tutupkan api
  • Untuk menghidangkannya, masukkan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk.
  • Kemudian tuangkan kuah yang panas keatasnya

LAKSA TERENGGANU
 

BAHAN-BAHAN  

  • 1 kg. laksa basah 
  • 4 - 5 ekor ikan selayang atau kembung - dipanggang tawar
  • 2 biji timun
  • 1 ikat pucuk gajus
  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • (semua di atas dipotong halus) 
  • 2 biji limau nipis
  • satu biji kelapa diambil santannya
  • 4 camca besar cili giling
  • sedikit belacan
  • sedikit garam
CARA MEMBUATNYA 
  • Tumbukkan lada hitam, bawang merah bersama isi ikan
  • Jerangkan santan serta masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama dua keping asam gelugur.
  • Kacau sehingga mendidih
  • Kacau kacaukan supaya kuahnya tidak tergentel .
  • Masukkan garam dan sesuaikan rasanya barulah diangkat 
  • Semua bahan yang dipotong halus tadi di masukkan  ke dalam satu bekas yang berasingan 
  • Sertakan sekali belacan , garam dan cili giling 
  • Ketika hendak makan barulah dituangkan kuahnya 
  • Sertakan juga dengan bahan-bahan yang telah dipotong tadi
  • Kalau suka masukan daun selasih dan taugeh 
 
   
 
           

Semua isi kandungan dalam wangkita.com adalah hakcipta terpelihara. Sebarang salinan perlulah mendapatkan kebenaran daripada kami. Isi kandungan wangkita.com sama sekali tidak terlibat di dalam unsur pelaburan haram, skim cepat kaya atau yang berkaitan dimana melanggari undang-undang yang telah ditetapkan. Sila rujuk pada terma saya

Hubungi Saya | Terma dan syarat | Tanda dagang | Penafian
Copyright © 2009 wangkita.com . Segala Hak Cipta Dipelihara.