Kiriman : Hamba Allah

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS 21: 35).

Kematian merupakan salah satu rahasia Allah SWT yang telah ditentukan kepada tiap-tiap makhluk yang bernyawa. Bila ajal telah tiba tak seorang pun yang bisa menolak atau minta ditangguhkan barang sesaat pun. Allah SWT berfirman dalam Alquran (QS 15: 5):

مَّا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ

”Tidak ada satu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak pula mengundurkannya.”

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman:

وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْساً إِذَا جَاء أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

”Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang ajalnya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS 63: 11).

Kemegahan dunia seringkali menggoda dan melalaikan manusia untuk mengingat mati. Maka, lahirlah manusia berperilaku hewaniyah, menghalalkan segala cara untuk kepuasan nafsu syahwatnya –termasuk korupsi, kolusi, dan nepotisme– yang cukup merugikan dirinya dan orang lain.

Apalagi bila didukung fasilitas yang maju dan modern, manusia semakin jauh dari tujuan diciptakannya. Allah berfirman:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

”Bermegah-megahan (dalam soal banyak anak, harta, pangkat, pengikut, dan kemuliaan) telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan itu) dan janganlah begitu kelak kamu akan mengetahui.” (QS 102: 1-4).

Banyak manusia yang tidak sadar bahwa waktu-waktu yang telah berlalu adalah langkah pasti menuju ketentuan Allah, yakni: kematian! Karena tidak disadari kedatangannya, seringkali kematian dianggap terlalu cepat, mendadak, dan di luar perkiraan. Banyak manusia yang ketika dicabut nyawanya sedang dalam kondisi ”mabuk kepayang terhadap kenikmatan dunia”, misalnya sedang berbuat zina, mencuri, mabuk, dan perbuatan dosa lainnya. Ini semua bisa terjadi lantaran manusia sudah tidak ingat lagi kepada kematian.

Padahal, dengan datangnya kematian maka tidak ada artinya lagi isi dunia ini. Sebab, kematian berarti berhentinya segala nikmat yang pernah atau sedang dirasakan manusia dan terpisahnya manusia dengan anak, keluarga, pangkat, harta, dan segala apa yang ada di dunia.

Karena itu, alangkah baiknya bila kematian –baik saudara, anak, tetangga, atau teman, dan bahkan orang lain pun– bisa dijadikan sebagai penasihat yang jitu hingga manusia tidak akan lupa diri terhadap hak dirinya dan hak kepada penciptanya. Orang bijak mengatakan, ”Sering-seringlah kamu takziah karena akan mengingatkan diri kamu akan kematian.” Wallahu a’lam bis-shawab.

Wassalam !

======================

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِير


” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Qur’an: Al-Baqarah:120)

Edakwah … … Malaysia

Teks Arab oleh Syed Mohammad Rasel boleh didapati di http://nzmuslim.net/download

Catatan ini adalah berlandaskan kepada apa yang diperkatakan di KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD – KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk me
munafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUALAM

TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS

Firman Allah swt:


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

 

“Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam”
[ TMQ Al Anbiyaa'(21) : 107]

,هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ

 

 عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”
[TMQ Ash Shaff (21) : 9]

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ

 

عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

 

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.
[TMQ At Taubah(9):33]

Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan membawa petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan kepada wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di dalam kehidupan kita.

Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan mengajak mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan sebahagian besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah berhenti dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi’in sehingga hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.

HUKUM MENGIKUTI PERBUATAN RASULULLAH

Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah. Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.

Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati bahawa sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini. Perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam dan mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan secara berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh dinafikan dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.

MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG PERTAMA

Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan dapati bahawa perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah suatu kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui petunjuk daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi prasyarat kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap Dzahriyah dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan kekuasaan politik untuk menerapkan Islam.

Tahap 1 : Dakwah Sirriyah

Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam kepada para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat yang telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.

Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun, Islam disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran atau ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada masa ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para sahabat agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang kuat terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang mendalam pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw, setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk melakukan kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik. Oleh kerana itu, Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang kuat di kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam bukanlah bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan usaha yang bersifat kolektif dan pada peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh tahap seterusnya.

Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)

Firman Allah swt:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ

الَّذِينَ يَجْعَلُونَ مَعَ اللّهِ إِلـهاً آخَرَ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui ( akibatnya)” [TMQ Al Hijr(15) : 94-96]

Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui wahyu Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan setiap tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti. Pada tahap kedua ini, Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima dan menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan jahiliah dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghadiri jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada mereka.

Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok tersusun dan bersistem (jama’ah mutakattilah) yang beri’tikad untuk menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai, adat-tradisinya yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya, serta sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya. Perjuangan kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal ini membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk Islam adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami kemurnian, kebijaksanaan dan kebenaran Islam.

Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan. Ketika Quraisy tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw dengan pemikiran dan perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar menawar. Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan. Namun, Nabi saw. menolak segala bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka. Kerana kegagalan tersebutlah menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara langsung terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau. Namun begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah bahkan kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan mendokong penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan kekuasaan dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin Sha’sha’ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw mencari sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat dilihat di dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha’sha’ah kepada Rasulullah saw, ” Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang orang-orang Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan tetapi ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?” ( Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam).

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh kejayaan menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan adanya suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar untuk menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan dakwah Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika menghadapi gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan kekuatan yang boleh melindungi umat Islam. Lebih dari itu, semua peristiwa dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya yang bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki kekuatan yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan fizikal yang menghalang penyebarannya.

Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam

Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik perhatian rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai’ah Aqabah ke 2 . Bai’ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai’ah ini, mereka berjanji akan melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah saw.

Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah saw akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke Madinah merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat lisan dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah institusi negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah saw dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi negara. Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata, sekaligus mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari kekuatan kufur.

KEJAYAAN RASULULLAH SAW

Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar mengambil nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu. Tujuan sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan dakwahnya – tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara sempurna dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:

ِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي

وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ

مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu” [TMQ Al Maidah(5) : 3]

 

Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda adalah menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan Rasulullah saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti mempunyai matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah. Islam tidak boleh diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan Islam secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada sebahagian yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tidak wajar juga sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan semata-mata atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan berbagai nama yang indah-indah – namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih tidak diterapkan. Allah swt berfirman:

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فِيهِ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ Al Maidah (5) a-47]

Wahai kaum muslimin!

Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada tolok bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh selain baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab’in telah menjadikan Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan dan semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga dunia. Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain dari waktu ini.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” [TMQ Al Ahzab (33) : 21]

Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu paluan gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu. Masa kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan tertanya-tanya…adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita ini suatu realiti? Ataukah mungkin hanya fatamorgana? Fikir-fikirkanlah.

Wallahua’lam

Tulisan dihantar olehEdakwah … … Malaysia

Ayat al-quran mymasjid

Teks Arab oleh Syed Mohammad Rasel boleh didapati di http://nzmuslim.net/download

Kebesaran Allah,

Perbualan antara saya bersama sahabat saya.masa tu kami berada di Yan ,Kedah.

Seingat saya disana banyak kebun durian,masa itu dia kata dalam hutan di sekitar bukit disana tentu banyak binatang buas,dan  yang mengerunkan ialah harimau.

Dia berkata lagi “cuba fikir sejenak” ..”antara bukit dan kampung bukanlah jauh sangat”.

Di Yan ada juga pekan kalau tak silap saya, kerana perbualan ini telah lama berlaku, seingat saya masa itu tahun 1985 .saya bersama rakan2 yang lain berada disana.

Sambung pada perbualan tadi …”ya kalau kita fikir binatang buas yang dikatakan tadi ada banyakjuga” ..”kata lah dia bebas keluar masuk” ,”hutan ka kampung yang berdekatan atau ka pekan berhampiran”,bukanlah sang belang sahaja ada gajah dan binatang buas yang lain mereka bebas keluar masuk atau pun kesemua nya keluar dari hutan datang kakampung dan juga pekan berhampiran.

Memang akan timbul masaalah,tetapi mereka yakni binatang buas tersebut seperti ditahan sesuatu,ada kuasa yang menahan nya katanya “itulah Allah yang maha berkuasa menahan atau melepaskan ,semua perkara tertakluk di bawah pengusaan nya”.

Bila diceritakan hal ini saya teringat Allahyarham mertua saya bila saya balik dan berjumpa dengan beliau dia akan berkata perkataan yang selalu diulang ulang bila saya bertemu dan berbual dengannya.apa kata nya ,”Sebagai maknusia katanya kita mestilah mengetahui ,siapakah diri kita yang sebenar nya ,datang dari mana,dan akan kembali kamana.yang kita tinggalkan adalah tanah ,yang akan kembali adalah yang sebenar benar diri”
Jadi betullah apa yang diulangi para Ustaz  melalui syarahan mereka di masjid dan surau.Iaitu satu masa dulu di alam roh atau pun dialam arwah, Allah telah menghimpunkan kesemua roh dan bertanya “Adakah aku ini tuhan kamu,semua sekali termasuk saya dan juga anda telah menjawab” Bah kan” dan perkara ini kita boleh rujuk kapada al-quran karim surah apa dan ayat yang keberapa itu kita akan mencarinya.

Bagi memastikanpersoalan ini.kenapa kita menjawab bahkan(“benar Ya Allah”).

Jawapan kepada”pertanyaan Allah swt “adakah aku ini tuhan kamu”.kerana pada masa itu kita semua telah melihat sendiri akan kebesaran serta keagungan Allah dan mengetahui benar-benar Allah lah yang memberi rezeki,Allah lah yang memelihara,segala kekuasaan dan kekuatan adalah milik Allah s.w.t. dan atas jawapan itu kita maknusia dan juga jin dihantar kedunia ini untuk memeriksa atau menguji adakah benar akan jawapan yang kita beri satu masa dahulu.

Malang nya kebanyakan dari kita telah gagal, kerana apa?,kerana.. didunia ada keperluan bekeluarga,beranak pinak, makan dan minum ,pencarian dan hasil pencarian,ada yang berkedai,ada yang bertani,ada yang bekerja mengambil upah. Jadi perkara perkara-perkara ini telah banyak melupakan maknusia itu, dengan apa yang pernah dilafazkan nya satu masa dahulu.
Memang maknusia dijadi kan bersifat lemah(An-Nissa’ 28) segala gala nya terbatas,penglihatan terbatas kita tidak dapat melihat disebalik dinding dan kita tidak mengetahui apa yang berlaku disebalik dinding itu ,pendegaran terbatas kita hanya boleh mendengar suara yang jarak nya dekat,itu pun dari satu arah sekira nya suara-suara  dari suara yang banyak kita pun tidakmemahami nya.Dengan sebab itu lah maknusia berkata kalau tak ada kerja macam mana nak makan,kalau tak ada itu,kalau aku tak buat ,kalau.. perkataan kalau ini memang nya merosakan atau pun menidakkan apa yang telah maknusia lafaz kan satu masa dahulu. Iaitu di depan robbil a’lamin.
Jadi,maknusia telah gagal…Ini bukan lah gagal kali pertama ,malah maknusia juga gagal diujian permulaan iaitu dirahim ibu(alam rahim)dengan berangapan tali pusat ibu lah yang membuat maknusia dapat bertahan selama sembilan bulan 10 hari.
Namun Allah s.w.t yang maha pengaseh tidak lah membiarkan Maknusia itu terkapai kapai tanpa tujuan. Allah telah menghantar pilihan nya iaitu Nabi Nabi dan Rasul Rasul dari masa kasamasa, tujuan supaya maknusia dapat berfikir serta mengingati dari mana Ia datang ,buat apa sekarang ,dan kemana hendak dituju nya (Saya tidak mahu dianggap berceloteh atau mengkesahkan kesah2 yang tidak benar).Anda cari lah guru ugama yang mendapat petunjuk dari tuhan mereka, dan pelajari lah lah secara mendalam ilmu iman Ilmu agama supaya sedar yang tulisan saya bukan lah sebagai angan2 atau cerita kosong bagi tujuan memenuhkan masa.Dan bergaulah dengan orang Alim sebagaimana sabda nabi saw rakan yang sebenar adalah apabila kamu pandang kamu akan teringat akan Allah dan apabila mendengar percakapan nya pengetahuan kamu mengenai ugama bertambah dan akan mengingatkan kamu kepada penghidupan akhirat,

Dan sebagaimana yang termaklum adalah Allah penyuruh kita berfikir tentag kebesaran nya dan seterus nya memohon dari nya keampunan seperti yang Allah swt firman kan:

“sesungguh nya pada kejadian langit dan bumi akan nampak tanda2 kebesaran Allah .itu pun untuk orang yang mengunakan akal nya (hingga akhir ayat)” .*Al-Imran 173.

Dan sering lah bercakap mengenai kebesaran Allah,melihat tanda kebesaran Allah berfikir tentang kebesaran Allah dan akhir nya takdapat tidak kita kena lakukan atau kita mesti lakukan ia lah dengan berdoa bersungguh sungguh agar Allah mengurniakan/menambah dan memperbaiki Iman kita masing masing.. Amin.

Jujur dan Niat yang betul:
Semasa saya berada dalam satu majlis ulamak Hadrat maulana Innamul Hassan rahmatullah alaihi semoga Allah menerang kan pusara nya sabagaimana beliau menerangkan hati peserta majlis khas dan umat islam yang mengikuti jejak beliau amnya Insya Allah.!
Di penghujung majlis, beliau berdoa ,Diantara doa yang dilafazkan ialah agar kami mendapat pemikiran yang baik(cara berfikir dan disusuli tindakan yang betul yang mendapat keredhaan Allah)yakni jujur dan niat yang betul.
Berkenaan hal ini saya teringatkan satu kesah yang diceritakan oleh Maulana Zakaria rahmatullah alaihi juga semoga Allah terangkan pusara nya .Didalam kitab karangan beliau ia itu kelebehan zikir “ia mengesahkan bagaimana se orang abid (ahli ibadah)yang didatangi penduduk kampung yang mulai bimbang akan tindakan segelintir masyarakat kampung tersebut yang terjebak dalam perbuatan syirik yakni menyembah pokok.Satelah mendapat tahu akan perkara tersebut Siabid mengambil sabilah kapak dan bergegas katempat itu bertujuan menebang pokok yang dikatakan oleh penduduk kampung menjadi punca segelintir masyarakat kampung menjadi syirik yakni menduakan tuhan kerana beranggapan pokok tersebut dapat memberi apa yang mereka hajatkan.,

Dalam perjalanan dia menemui seorang tua (syaitan yang merupakan diri sebagai maknusia )orang itu bertanya”wahai abid kamu hendak kemana”saya mahu ketempat yang dikatakan ada orang yang menyembah pokok,yang tindakan mereka akan mendapat kemurkaan tuhan dan tuhan tidak akan mengampunkan atas tindakan mereka itu”"saya mahu menebang pokok tersebut”.

Orang itu menahan siabid itu bagi meneruskan tujuan yang murni itu,Apabila rundingan terbantut si abid bertegas juga mahu melaksanakan juga tujuan nya,
maka terjadilah perkelahian diantara mereka berdua ,dan si abid dengan mudah dapat mengalahkan orang itu dengan menduduki dada nya.Apabila dirayu, siabid tadi melepaskan orang itu,orang itu tidak berpuas hati lalu terjadi perkelahian yang kedua,pun dengan mudah si abid dapat menguasai perkelahian itu dengan menduduki dadanya,kali ini syaitan yang menyamar sa bagai maknusia itu merayu lagi dan kali ini beserta tawaran.”"buat apa susahkan diri kamu, nanti apabila kamu kembali kerumah kamu,kamu akan dapati dua keping wang emas berada dibawah bantal kamu,dengan dua keping wang emas kamu boleh selesa beribadat dan selebehnya kamu boleh bersedekah membantu orang yang perlukan bantuan,itu pun satu amalan yang mulia juga,tentang hal orang yang menyembah pokok tersebut biarkan lah nanti ada lah orang yang menguruskan nya”.
Dua keping wang emas yang dijadikan ‘umpan’ oleh syaitan yang menyamar sebagai maknusia itu telah termakan oleh si abid itu..lalu dilepaskan orang itu siiabid pun pulang kerumah,pada keesokan hari si abid mendapati dua keping wang emas dibawah bantalnya seperti yang dijanjikan.Namun hal dua keping emas itu cuma berlaku dua hari sahaja ,hari yang ketiga si abid tidak melihat apa apa dibawah bantal nya ,bila dia sedar yang dia telah di tipu dengan perasaan marah lalu mencapai kapak.tujuan nya hendak menebang pokok yang dahulu.Dalam perjalanan siabid ditahan lagi oleh orang yang sama,bertanya perkara yang sama ,kemana kamu hendak pergi,apabila diberitahu orang itu ketawa sambil berkata kali ini kamu tidak dapat menewaskan aku.maka terjadilah perkelahian diantara orang tersebut dengan siabid itu.

Memang betul orang itu telah dapat menduduki dada si abid dengan mudah.siabid merasa hairan mengapa kali ini dia pula dikalahkan sedang kan pada kali pertama dulu siabid dapat menewaskan orang itu dengan mudah.”orang itu tersenyum lalu berkata “dahulu kamu dapat menewas kan aku kerana tujuan kamu supaya mereka dapat diselamatkan dari menduakan tuhan(dengan menyembah pokok)semata mata atas kesedaran kamu ianya adalah perintah Allah dan Allah telah menunaikan janji nya,sebagaimana janji nya akan menolong orang yang menolong ugama nya,tetapi kali ini kamu nak tebang pokok itu sebab kamu marah,! kerana kepingan emas tiada lagi dibawah bantal kamu”kamu bertindak kerana kamu marah.,Dan bukan lagi kerana Allah,siapa yang dapat membantu kamu kali ini”
(Semuga Allah memelihara kita dari kejadian ini saya merasa bimbang juga..)
Saterus nya Maulana ilyas rahmatullah alahi (semoga Allah menerangkan pusaranya)mengatakan ummat Muhammad pun kini berada didalam penyakit yang sama,Didalam ibadat ibadat, mereka juga menjadikan adat resam sahaja.sahinggakan pelajaran ugama yang menjadi asbab pengislahan(membaiki) seluruh keburukan demikian juga telah menjadi adat sahaja________

Tetapi oleh kerana salsilah keNabian telah tamat,Kerja kerja kenabian telah di berikan kepada ulama ulama ummat ini yang menjadi pembantu kepada nabi saw.dan telah menjadi fardhu kepada mereka untuk memberi tumpuan yang khusus bagi pengislahan kapada keadaan yang sesat dan fasad ummat ini.Dan asbab untuk melaksanakannya adalah niat yang sahih kerana ibadat akan menjadi adat resam sahaja jika sifat lillahiat iaitu kerana Allah dan sifat perhambaan tiada.Dan dengan kesahihan niat amalan amalan akan memperolehi arah yang betul kapada Allah dan ditempat adat resam akan datang hakikat ibadat ,pada masa itu setiap amalan akan memperolehi sifat kerana Allah dan sifat perhambaan kapada Allah.______Kesimpulannya maknusia mestilah ditarik perhatian nya kapada niat yang sahih.Ulama ulama dan mereka yang BERUGAMA berkewajipan untuk menanam sifat lillahiat dan hakikat didalam amalan maknusia seluruh nya.

Berusaha kearah memiliki Iman yang sempurna:
Beriman kapada Allah adalah perkara asas yang perlu ada pada semua orang,kita telah pun mengetahui mengenai nya,cuma yang perlu dilakukan ialah menggarap iman itu katahap yang kalau boleh di maksima kan,
Kenapa seseorang itu bertungkus lumus tak kira siang atau pun malam bagi mendapat kan sesuatu?jawapan nya adalah mereka mengerti atau mengetahui akan nilai tentang apa yang ingin mereka dapatkan,contoh nya sangat mudah seorang itu mengetahui nilai duit dengan duit seorang itu dapat membeli segala segala apa yang diperlukan nya ini termasuklah tempat kediaman, kenderaan,dan sebagainya dan ini membuatkan seseorang itu merasa selesa.
Pendek kata seseorang itu akan berusaha jika mereka mengetahui akan faedah faedah nya.Usaha itu akan datang apa bila ada keinginan untuk mendapatkannya.
Keinginan terhadap sesuatu perkara menyebabkan kita bersediabersusah payah mendapatkan nya.
semua kerja yang kita lakukan memerlukan kita melapangkan masa serta berkorban diri dan juga harta.kita bersedia bersusah payah pada awal nya kerana kita mempunyai harapan bahawa satelah kita bersusah payah kita akan dapat pulangan yang jauh lebeh banyak dari apa yang telah kita korbankan dari segi harta,masa dan diri kita sendiri.pada setiap hari kita menaiki bas,motosikal atau kereta,bersesak dijalanraya untuk pergi ka tempat kerja.ini bukan lah satu pekerjaan yang senang atau menyeronokan.

Semua kita hanya bersedia melakukan nya kerana kita terpaksa.kita bersetuju bahawa kerja itu penting dan pekerjaan itu adalah ‘asbab’ untukuntuk kita mendapatkan duit ,dan dengan duit itu Allah swt mengizinkan kita untuk mendapatkan keperluan kita.jadi ..keinginan untuk mendapatkan duit menyebab kan kita bersedia untuk bekerja.
Adakah kita tahu akan faedah iman dan ugama?harap nya kita tahu, kerana nilai iman yang sebesar zarah harga nya sepuluh kali luas nya dunia.oleh kerana keinginan mendapatkan duit, Ianya telah ‘mencederakan’masa kita untuk berusaha mendapat kan atau menambahkan iman kita. jadi… duit InsyaAllah makin banyak tetapi Iman telah merosot.

Dengan adanya mereka yang sanggup datang memberitahu atau mengingatkan kita tentang penting juga kita berusaha menambahkan iman kita,Ianya adalah satu rahmat yang besar dari Allah swt.:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ

الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ

الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(Surah A-li ‘Imraan a-110)

لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ

مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء

مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An-Nisaa’ a-114)

Jika seseorang itu menolak dari peringatan yang diberi oleh mereka yang datang memberi peringatan maka jangan lah menyalah kan sesiapa jika menemui kegagalan serta kehancuran didunia ini dan lebeh lagi di akhirat kelak, disebabkan kelemahan iman atau rosak nya iman seorang itu sendiri.
Hal ini telah diterangkan oleh hadrat maulana Ilyas rahmatullah alaihi dalam ucapan ucapan beliau semasa hidupnya.Beliau telah mengatakan.”Keadaan yang lumrah ,biasa dikalangan Ummat nabi nabi terdahulu ialah ,apabila mereka jauh terpisah daripada zaman kenabian,ibadat dan lain lain nya telah menjadi kosong daripada roh dan hakikat nya dan telah bertukar bentuk menjadi upacara upacara rasmi sahaja dan dikerjakan hanya sabagi satu kebiasaan dan upacara;Itu sajalah perkara perkara ugama yang tinggal.

Untukmembaiki keadaan sesat yang demikian Nabi seterusnya telah di utuskan.Nabi itu berusaha untukmenghapuskan adat resam itu dan memperkenalkan kapada ummat nya akan hakikat yang asli dan roh syariah yang sabenar,__

Akhir sekali hadrat Rasullullah saw telah di utuskan.kaum-kaum pada zaman itu mengamalkan ugama ugama yang ketiadaan roh seperti demikian: Iaitu bahagian yang maseh tinggal dikalangan mereka adalah upacara upacara rasmi tanpa roh dan tanpa apa apa hakikat.Adat resam inilah yang disangka oleh mereka sabagimana yang sebenar.

(“ini adalah perangkap yang dipasang oleh syaitan dan kuncu kuncu nya,jika seseorang telah melakukan kesalahan mencuri atau telah terlanjur melakukan zina dan ada perasaan meyesal dalam hati nya oleh kerana tiada tertangung penyesalan itu ia menangis pada waktu ‘tahajjud’ di tengah malam atau penghujung malam meminta ampun dari tuhannya dan mereka boleh diselamat kan yakni Allah maha pengampun.

Tetapi bagaimana mereka yang melakukan amalan adat resam yang mereka sangka itu adalah amalan ugama tetapi sebenar nya bukan amalan ugama dan sudah pasti tidak ada perasaan kesal dalam hati mereka malah dilakukan dengan lebeh giat lagi tanpa meminta ampun dari tuhan sehingga mereka mati.ini sungguh mengerikan!!”)
Bagida nabi saw telah menghancurkan adat resam sedemikian dan telah mengajar hakikat ugama serta hukum hukumnya.

Omar r.a memberitakan bahawa baginda saw bersabda;”Tatkala adam alaihissalam telah terbuat satu kesalahan(yang dengan sebab itu baginda alaihissalam
telah di hantarkan dari syurga ke dunia ini maka baginda sentiasa berdoa beristgfar sambil menangis nangis).sekali baginda mengangkat kepalanya kearah langit
dan memohon:”ya Allah aku memohon keampunan kepada engkau dengan berkat sefaat Muhammad saw”.maka tuhan mewahyukan kapada nya:”siapakah
Muhammad saw ini,yang engkau memohon keampunan dengan berkatnya?”Baginda menjawab:Maha berkat nama engkau ketika engkau menjadikan aku,sekali
aku memandang ka a’rash mu dan aku terpandang tulisan pada nya la ilaha illa Allah Muhammadurrasullullah.dan aku telah yakin tiada siapa yang darjat nya
lebeh tinggi daripadanya pada sisi mu yang namanya engkau telah letakkan bersama dengan nama mu.lantas tuhan mewahyukan kapada nya: “wahai
adam,sesungguh nya dia adalah nabi akhir zaman dari keturunan mu.sekiranya tidak  kerana nya maka sudah pasti aku tidak menjadikan engkau.”
Keterangan.
Pada masa itu apa dan bagaimana baginda adam alaihissalam memohon kepada Allah swt. Tentang hal ini ada bebagai bagai macam riwayat tetapi tiada sebarang perselisihan di antara riwayat riwayat itu.
Siapa yang di marahi atau dimurkai tuan nya maka dia sendiri yang mengetahui hakikat perasaan yang sebenar.apakah yang berlaku diatas diri saorang khadam atau pekerja yang dimarahi majikan nya,yang sama akan terfana disini?, sedangkan disana kemurkaan tuhan sekelian alam, tuhan yang maha agung,yang memiliki segala kerajaan dan yang di murkai itu mahkluk? ialah yang diperintah malaikat bersujud kepadanya yang dijadikan sebagai mahkluk yang terunggul yakni baginda adam alaihissalam.
Jika seorang yang amat dekat kapada seseorang maka amat terasa lah ia kecuali seseorang yang keadaan nya sama seperti kacang yang melupakan kulit.sedangkan baginda adam alaihissalam seorang nabi,maka bagaimana kah perasaan gundah gulana nya yang disebabkan kemurkaan tuhan itu dapat diduga manusia yang biasa.
Ibnu abbas r.ahma berkata bahawa baginda adam alaihissalam pernah menangis yang yang jika tangisan seluruh maknusia dikumpulkan maka ia tidak akan menyamai tangisan adam alaihissalm. sehingga baginda tidak mengangkat kepalanya selama empat puluh tahun.Buraidah r.a meriwayatkan bahawa baginda Muhammad saw pernah bersabda:sekiranya tangisan adam alaihissalam itu dibandingkan dengan tangisan seluruh maknusia maka pastilah tangisan baginda itu melebehi nya.
Didalam sebuah hadist menerangkan:
“Andaikata titisan air mata baginda adam alaihissalam itu di timbang dengan titisan air mata seluruh anak cucu nya,maka tangisan baginda lah yang akan memberati”.
Maka dalam keadan yang sedemikian itu bagaimana baginda bermunajat dan memohon pengampunan itu tidak munkin diduga maknusia,oleh itu tentang cara cara mengenai memohon pengampunan yang diterangkan dalam hadist tersebut diatas tidaklah terdapat kemuskilan apa apa pada nya.salah satu daripadanya ialah memonhon keampunan dengan berkat baginda nabi Muhammad saw.dan tertulis kalimat La ilah illa Allah Muhammadurrasullullahdi a’rash juga disebut dalam beberapa hadist yang lain.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila aku memasuki syurga (pada malam mikraj) aku melihat kedua belah syurga tertulis tiga barisan dengan tinta emas di barsan yang pertama:La ilaha illa Allah Muhammadurrasullulah. “tiada tuhan melainkan Allah Muhammad saw adalah utusan yang sebenar nya”
Di baris yang kedua:
“Ma qaddamna wajadna wama akkalna robihna wama khalafna khasirna”
ertinya:
Apa apa yang telah kami lakukan dahulu (didunia)berupa sedeqah dan lain lain nya telah kami perolehi.apa apa yang telah kami makan didunia telah menguntungkan kami.dan apa apa yang kami tinggalkan  didunia itu telah merugikan kami.
dan dibarian yang ketiga:
Ummatun muznibatun wa robbun ghofur.
ertinya:ummat adalah berdosa tetapi tuhan adalah maha pengampun.
Diberitakan oleh seorang ahlullah bahawa beliau pernah sampai dibandar di India dimana ia melihat sebatang pohon buahnya se akan akan buah badam,buah itu mempunyai dua kulit,apabila di kupas disebelah dalam nya didapati sesuatu satu lapisan kulit lagi bewarna hijau dan bertulis pada nya tinta merah :La ilaha illa Allah Muhammaddurrasullullah.
beliau pernah menceritakan hal ini kapad abu yakkub sakari rahmattullah alahi.Abu yakkub rahmattulah alahi berkata:
kisah mu tidak lah menghairankan aku.aku pernah memancing dan memperolehi seekor ikan di Illiya (pelastin)yang tertulis La ilaha illa Allah pada sebelah telihga nya dan Muhammadurasullullah pada sebelah telinga yang lain.
(rujukan fadilat zikir karangan maulana zakaria rahmatullah alaihi )

AmalanMalam

addukhan
 
Tabarokallazi

Istimak2009

Assalamualaikum

Ini ada rakaman audio tentang bayan (penerangan dari Maulana)Yang berlangsung selama 3 hari di ijtimak Nilai pada 10,11,12/09/2009 tempoh hari ,sesiapa yang tak berkesempatan boleh lah mendengar disini.

Terjemahan-bayan-magrib-maulana-mohamad-lat-9.7.2009

Bayan Suboh 10.9.09 Maulana Saad di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib[selepas ijtimak] Maulana Saad [12.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan hidayat Maulana Saad 12.7.09 di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib Maulana Saad [11.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

ps~hati hati ada popup,ma'alumlah saya menggunakan web percuma !!
Terima kaseh
MariBertaranum

Mari bertaranum 1
 
Mari bertaranum 2
 
Mari bertaranum 3
 
Mari bertaranum 4


Tulisan yang lepas
September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

segala pertanyaan alamat kan kapada
infougama@wangkita.com