Maulana Ilyas rah.alaihi telah berkata:” Ada diriwayatkan dalam hadist bahawa Baginda s.a.w telah mengajar Hadrat Sidek Akhbar r.ahu.untuk mengucapkan setiap lepas sholat ucapan seperti berikut
اللهم انى ظلمت نفسي ظلما كثىرا ولا ىغفر الزنو ب الا انت فا غفر لى مغفرت من عند ك ؤار حمنى انك انت الغفؤر الر حىم
Ertinya;”Wahai Allah Saya sudah menzalimi diri saya sendiri dengan kezaliman yang banyak dan tiada pengampunan dosa melainkan Engkau.Jadi,semata mata limpah kurniaan dan rahim(yang mana saya walau pun tiada hak apa apa )ampunilah Saya dan kurnialah Saya,sesungguhnya Engkaulah sahaja maha pengampun lagi maha penyayang.
Silalah fikir sekejap;Baginda telah mengajar doa ini kapada Hadrat Abu Bakar Sidek r.ahu yang merupakan orang yang paling afdal dikalangan umat.Khususnya sembahyang beliau disisi Baginda s.a.w. begitu sempurna sehingga Baginda s.a.w melantik beliau sebagai imam sembahyang. Namun Baginda s.a.w mengajar beliau juga pada akhir sembahyang akuilah kekurangan dan kesalahan sendiri terhadap Allah s.w.t dan juga bahawa beliau belum dapat menunaikan hak ibadat dan juga memohonlah supaya semata mata dengan rahim dan kurniaan Nya,Allah s.w.t ampunkan.
Maka dimakah kedudukan kita ?
Beliau telah berkata:”insan (manusia )hidup diatas bumi untuk jangka masa yang sangat sedikit sahaja dan dibawah bumi (yakni didalam kubur) dia mesti hidup dalam jangka waktu yang terlalu panjang.
Atau pun fahaman begini,bahawa didunia ini kamu akan hidup dalam jangka masa yang terlalu sedikit sahaja.Selepas itu manzil manzil (tempat) yang mana mesti berada,misalnya selepas mati hingga ketiupan sangka kala yang pertama didalam kubur,selepas itu tiupan sangka kala yang kedua dalam keadaan yang hanya diketahui Allah s.w.t sahaja(tempoh masa itu pun beribu ribu tahun);selepas itu dipadang mahsyar beribu ribu tahun,kemudian dialamat yang mana pun diputuskan.
Pendek kata,setelah habis jangka masa didunia setiap manzil selepasnya adalah beratus ratus kali ganda lebeh panjang…
Maseh juga betapa besar kelalaian insan yang mana dia tidak membuat persiapan untuk tempat tempat yang lain sekali pun.sekadar usahanya untuk penghidupan beberapa hari didunia.”
Beliau telah berkata;”Zikirullah yang hakiki adalah perhatian kapada hukum hakam Allah yang berkenaan pada setiap masa,keadaan dan kesibukan;Saya mengalakan kawan kawan saya lebeh untuk zikir seperti ini
Beliau telah berkata;”Keistimewaan dan keatasan manusia berbanding dengan makhluk yang selainnya adalah khusus dari segi percakapan .Kini,dengan percakapan itu dia bercakap akan perkara yang baik dan menggunakan hanya kapada perkara kebaikan sahaja,maka keistimewaan dan ketinggian akan diperolehi dalam kebaikan.
Dan sekiranya dia bercakap hal hal keburukan,misalnya dia bercakap mengenai keburukan dan dengan percakapan nya dia menyusah kan manusia tanpa hak,maka dengan keadaan demikian dia memperolehi keistimewaan dan keatasan dari segi keburukan,sehingga kadang kala percakapan inilah manusia menjadi lebeh buruk dari anjing dan babi.
Didalam hadist telah dinyatakan.
Yakni percakapan akan menyebabkan manusia di campakkan kadalam Neraka dalam keadaan meniarap dan terheret keatas bumi.
Semoga Allah memelihara kita… amin

