Maulana Ilyas telah berkata:”Kerja yang telah dijalankan oleh Baginda s.a.w. dikota Mekah (sebelum hijrah)yakni berpusing pusing untuk menyeru manusia kapada Allah dan dengan tujuan itu Baginda telah pergi kapada manusia jumpa mereka,kelihatan belum ada lagi padanya selepas beliau telah sampai ka Madinah.
Selepas sampai ka sana beliau telah membena satu tempat sendiri yang mana beliau telah mendudukinya.Tetapi perkara ini telah dibuat apabila beliau telah sediakan satu jamaah yang khas untuk menjalankan dakwah sepertiyang telah dijalankan dikota Mekahdan boleh sampaikan dakwah dengan cara baik.
Lepas itu kerana tuntutan kerja inilah beliau terpaksa duduk disatu markaz(pusat) untuk mengawasi peraturan kerja ini dan mengambil kerja dari karkun karkun (pekerja ugama)
Atas sebsb demikianlah telah dianggap patut oleh Hadrat Umar r.ahu.Duduk bermukim di Madinah tayyibah sedangkan beribu ribu hamba Allah telah bersiapsedia keluar kearah Iran dan Rome demi meninggikan kalimah Allah s.w.t. dan berjihad kerana Allah s.w.tIni adalah keperluan waktu itu bagi Hadrat Umar r.ahu. untuk mengawasi dakwah ‘ilallah’ dan ‘jihad fi sabilillah’ daripada ‘ markaz ‘

