Maulana Ilyas rh.a berkata, “Satu kelalaian dan kelemahan pada kebanyakan madrasah (sekolah) agama adalah pelajar pelajar sungguh pun di beri pengajaran tetapi tidak dibuat apa apa pun cubaan yang khas supaya selepas mendapat ilmu mereka boleh teruskan kerja yang menjadi tujuan asal peraturan peraturan belajar dan mengajar (yakni khidmat agama dan dakwat ilallah).
Akibat daripada kelalaian demikian,selepas sahaja habis belajar di madrasah,pencarian rezeki adalah matlamat mereka.Kadang kala mereka mengambil peperiksaan dalam universiti kerajaan dan mengambil kerja di sekolah inggeris sabagai guru.
Dengan cara demikian perbelanjaan harta,masa dan dirinya untuk ilmu agama menjadi sia sia dari segi hasilnya, dan juga ada kala nya dia menjadi alat ditangan musuh musuh agama.
Oleh yang demikian perkara yang lebeh penting dari pelajaran adalah fikir dan usaha yang banyak untuk menggunakan mereka dalam khidmat agama selepas sahaja mereka tamat pelajaran supaya mereka boleh menunaikan hak hak ilmu agama.
Sekiranya didalam ladang sendiri tidak boleh mengeluarkan hasil apa apa, itu adalh memang kerugian;sekiranya berhasil tetapi dimakan oleh musuh ini adalah kerugian yang lebeh besar lagi.

