Hadrat Mulana Ilyas Rahmatullahi alaih telah berkata:”Tujuan yang Khas menuju kaarah matlamat TARIQAT(cara tasauf) adalah agar tabiat menjadi sesuai dengan perentah dan hukum hukum Allah dan kebencian kita terhadap larangan -larangan Allah.Yakni mewujudkan satu semanagt khafiat dalam diri sendiri,supaya merasai kelazatan semasa menunaikan perintah 2 dan hukum Allah dan merasai kesusahan mendekati larangan Allah .Inilah tujuan tariqat dan lain2 didalam nya adalah (seperti zikir dan syughul yang khas serta cara2 mujahadah yang khas dan sebagai nya )adalah merupakan asbab untuk menghasilkan nya.
Tetapi hari ini orang menganggap kesemua asbab asbab ini sabagai dasar tariqat .
Walhal kebanyakan nya adalah bidaah.
Walau bagaimana pun,oleh kerena kedudukan kesemua perkara ini pada tahap asbab sahaja dan pada dirinya sendiri bukanlah menjadi tujuan,maka menurut kehendak dan dalam keadaan berlainan,
Perkara-perkara begini harus diberi pandangan kedua mengikut keperluan nya,perlu juga penyusunan dan perubahan.
Akan tetapi perkara2 yang merupakan asas dalam syari’ah mesti diamalkan pada setiap zaman sebagai kewajipan”

