Beliau telah berkata:”Didalam Quran dan Hadith,Perkara ini telah diumumkan bahawa agama adalah YUSRUN yakni mudah dan senang,Oleh yang demikian apa juga perkara semakin lebeh kepentingan nya semakin lebehlah ia patut dipermudahkan.(contohnya air ,udara,oxigen ianya penting kapada manusia maka Allah am kannya,sesiapa pun boleh mendapatkan nya dengan percuma tanpa syarat)
Jadi TASHIH-E-NIAT YAKNI memperbetulkan niat dan keikhlasan kerana Allah sedangkan perkara yang amat penting didalam agama,demikianlah ia juga amat mudah dan tidak sukar.
Keikhlasan kerana Allah adalah dasar kepada kesemua SALUK dan TARIQ (yang merupakan cara2 pengislahan dalam tasauf),maka saluk dan tariq pun amat mudah dan senang,Tetapi perlulah kita ingat bahawa setiap perkara akan menjadi mudah sekiranya dilakukan dengan cara-nya dan usul nya sendiri; Dengan cara yang salah perkara yang mudah pun akan menjadi begitu sukar,Kini kesilapan manusia adalah mereka merasakan begitu susah untuk mengikut undang2 dan cara serta serta ingin melarikan diri mereka daripadanya.
Walhal didunia tiada satu perkara,walau pun biasa ,akan dapat dicapai tanpa mengikut undang2 yang sepatut nya . Kapal,perahu, motor,kereta api semua bergerak mengikut cara-cara dan undang-undang sehingga didalamperiuk,roti pun dimasak mengikut undang-undang dan kaedah nya yang tertentu.

