Sembahyang (sholat) adalah perkara yang tersangat penting dalam Islam,Sehinggakan ia nya menjadi pemisah antara Islam dan bukan Islam.Telah menjadi kewajipan setiap muslim dan juga muslimat.apabila mereka menjangkau umur baligh.mengerjakan mengikut waktu waktu yang di tetapkan.Firman Allah saw:

حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِين

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.[Al Baqarah 238]

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوت
[An Nisa 103]

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.[an-nisa' 103]

Rasulullah sentiasa memberi peringatan kapada ummat nya mengenai penting nya sholat dan ancaman kepada sesiapa mengabaikan nya.

Terdapat dalam hadist Rasulullah saw bertanya kepada sahabt r.a. “bagitahu saya,Jika terdapat lima batang anak sungai di depan rumah kamu,dan pekerjaan kamu penuh dengan debu,sekembalinya dari bekerja kamu mandi disetiap anak sungai tersebut,adakah masih terdapat debu itu di tubuh anda”.? para sahabat r.a. menjawab “tidak,tidak ada debu yang tinggal ditubuh”Rasulullah bersabda ,inilah contoh lima kali sholat Yang mana Allah membersih kan segala dosa-dosa.”
Bukhari and Muslim.

Dalam hadist yang lain Rasulullah saw ada bersabda :”pemisahan antara Islam dan yang bukan Ialam adalah sholat”dalam kenyataan perawi Muslim yang lain Rasulullah saw bersabda “Perkara yang pertama yang akan di soal di hari pengadilan adalah sholat,” Daripada pengajian Abu Dawud dan At Tirmidhi rah.a iaitu Baginda saw mengklasifikasi kan orang yang menafikan sholat adalah cara pemikiran orang yang inkar.
Beliau juga menyatakan :pemisahan antara islam dan bukan Islam adalah sholat”dan tiada bahagian dalam Islam bagi yang tidak sholat.”

Rasulullah saw mengumumkan kenyataan amaran kapada muslimin dan muslimat jika mereka putus asa terhadap sholat, segala urusan mereka bersekongkol dengan mereka yang tidak mempercayai hari kemudian .
Apakah amalan yang agung dari kebajikan serta kebahagiaan, ianya adalah mengerjakan sholat 5 kali sehari semalam mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan.Dan bagi sesiapa yang mengabaikan-nya akan mendatangkan bencana pada mereka.
di rengkaskan dengan begitu indah dalam perkataan baginda saw yang berikut:”barang siapa yang membaguskan sholat nya dan melakukan mengikut waktu yang ditetapkan dan istiqamah melakukan nya,Akan menjadikan untuk-nya cahaya pada hari akhirat,dan menyaksikan keimanan nya dan menjadi penyelamat seksa.(disebaliknya) sesiapa yang tidak sholat dan yang bersholat tidak melakukan nya dengan betul dan tidak istiqamah tidak ada cahaya untuk nya diakhirat ,mereka tidak dapat membuktikan keimanan nya,juga tidak ada penyelamat seksa untuk nya.dan akhir nya sama lah nasib nya seperti Qarun,Firaun,Haman,Ubai bin Khalaf.”

Kehinaan dan keaiban bagi mereka yang mengingkari dari mengerjakan sholat akan di tentukan pada hari pengadilan kelak,telah di gambarkan dalam Al-Quran Karim:

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ

(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, – [Al Qalam 42]

Mengikut Rangkap dari Al-quran karim diatas semua maknusia akan sujud kepada Allah kecuali mereka yang malang tidak dapat sujud disebabkan tulang belakang mereka keras, kerana mereka telah disuruh ruko’ dan sujud didunia lagi tetapi mereka enggan.(semuga Allah menyelamtkan kita dari perkara ini…amin)

Sholat menjadi satu tiang kepada ugama ,dan ianya juga salah satu rukun ugama.’,mana-mana muslimin dan muslimat yang gagal melaksanakan sholat tanpa satu alasan yang benar-benar kukuh ,Dia telah melakukan Dosa besar.perbuatan ini merupakan dosa besar kerana dia bukan saja menentang Allah ,yang mana perbuatan itu ‘melampau’Tetapi juga menentang akan sifat sifat kejadian maknusia itu sendiri.yang mana jauh di sudut hati mengakui ada nya yang maha berkuasa mencipta segalanya.Dan yang maha pencipta dan maha berkuasa itu ialah Allah.

Adalah sifat maknusia cenderung kapada pengabdian terhadap yang gagah ,yang berkuasa ,yang kaya.yang maha gagah ,yang maha ‘besar’,yang maha kaya tiada yang lain melainkan Allah.

Gambaran yang di berikan Oleh Allah sangat jelas di dalam Qur’an Karim :

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِن شَفِيعٍ إِلاَّ مِن بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلاَ تَذَكَّرُون


إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً وَعْدَ اللّهِ حَقّاً إِنَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ بِالْقِسْطِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُواْ يَكْفُرُونَ


هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُو

إِنَّ فِي اخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَّقُونَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu – setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.[Yunus 3-4-5-6]

untuk melahir kan rasa hormat dan memandang tinggi kepada individu dan melahir rasa hormat melalui perbuatan iaitu mengikut apa yang dikehendaki oleh orang yang di pandang tinggi itu dan di dalam ugama islam adalah Sholat. Mengabaikan sholat adalah menyembunyikan nilai yang begitu tinggi yang ada pada maknusia itu sendiri yang dijadikan sebaik-baik kejadian. dan tidak adil bagi maknusia itu menafikan hak pengabdian dan menchintai Nya(Allah)

Allah swt Maha sempurna,Maha Tinggi,Yang memiliki sifat-sifat yang Maha unggul Dia sahaja lah yang layak dan berhak menerima pujian ,kerana sifat-sifat NYA yang maha mulia itu.
sholat adalah menunjukan pengabdian maknusia kepada khaliq-nya (pencipta)
Mengengkari NYA menjadikan kesalahan yang begitu serius.

Hendaklah kita sentiasa ingat iaitu.
Allah tidak memerlukan sholat maknusia kerana Allah maha kaya , DIA bebas dari segala keperluan.

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاء وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ

كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْاْ تَتْبِيراً

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. [Al-Isra' :7]

Allah maha Rahim menghendaki supaya maknusia berada dalam keadaan makmur dan sejahtera. Apabila Allah mewajib kan sholat adalah untuk kebaikan maknusia itu sendiri.Sholat dan perintah-perintah yang lain adalah tanda kaseh nya Allah pada maknusia .Kerana amalan yang baik adalah untuk maknusia itu sendiri begitu juga disebaliknya.Melalui sholat maknusia itu akan mendapat kebaikan yang tidak terhingga banyak nya dan pemberkatan doa diluar imajinasi.ini bukan lah satu andaian atau perbincangan kosong yang tidak membawa apa-apa makna.

sholat

Melahirkan kepercayaan yang teguh terhadap kehadhiran Allah yang esa ke ruang hati maknusia

menggerakkan kepercayaan ini dan membuat ianya boleh diguna pakai dalam amalan seharian

Ia membantu seseorang lelaki/perempuan mendapat kan moral yang tinggi dan berakhlak mulia

Ia membersihkan hati dan memajukan pemikiran, memupuk nurani dan mententeramkan jiwa

Ia mendidik amalan baik dan meningkatkan unsur-unsur kesopanan dalam diri maknusia, dan menindas syaitan dan melenyapkan perlakuan yang tidak senonoh.

ia pendinding dari perbuatan yang tidak adil dan memalukan.
apabila kita menganalisa sholat dan belajar dari keunikan nya.ia membuka rahsia kepada kita bahawa sholat bukan sekadar pergerakan tubuh badan atau ungkapan kosong dari Qur’an yang suci(saya berlindug diri dengan Allah dari tanggapan ini) tiada bandingan nya dan tidak pernah berlaku kapada kaedah yang dikatakan cendikiawan tentang kaedah meditasi yang lain seperti yoga atau bertafakur.

Pengabdian rohani dari ketinggian moral dan pergerakan jasmani bergabung dengan pemikiran untuk menyembah Allah yang esa.Memang agak sukar untuk melafazkan sepenuh nya maksud sebenar tentang sholat dalam ugama islam.

rasanya boleh di gambar kan sebagai berikut.

1.Pelajaran di disiplinkan dengan ketekunan;
2.Latihan ketaatan kepada Allah yang esa dan sama sekali patut menjadi matlamat;
3. waspada selalu dengan mengingati Allah yang esa dan terus-menerus mengungkap rahasia kebesaran Ilahi.
4. benih atau bibit pengolahan nurani dan pengkukuhan akhlak.
5. memandu kepada penghidupan yang bersandarkan kejujuran;
6. Perisai menentang adat dan syaitan menentang penyelewengan yang menuju kesesatan.
7. Unjuk rasa kapada kebenaran yang setara,persatuan yang tulin dan persaudaraan.
8. Pengungkapan syukur kapada Allah yang esa dan menghargai NYA.
9. Langkah maju kapada perseimbangan dan kedamaian dalaman.
10. sumber melimpah kapada kesabaran,keberanian,pengharapan dan keyakinan .

Inilah sholat dalam Islam. Apa yang boleh dilakukan kapada manusia yang mendirikan sholat.
penjelasan ini hanya boleh dirasai oleh yang mengalami nya.
jadi..sekiranya anda belum ,anda mesti melakukan sholat dan mendapatkan kegembiraan rohani.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

AmalanMalam

addukhan
 
Tabarokallazi

Istimak2009

Assalamualaikum

Ini ada rakaman audio tentang bayan (penerangan dari Maulana)Yang berlangsung selama 3 hari di ijtimak Nilai pada 10,11,12/09/2009 tempoh hari ,sesiapa yang tak berkesempatan boleh lah mendengar disini.

Terjemahan-bayan-magrib-maulana-mohamad-lat-9.7.2009

Bayan Suboh 10.9.09 Maulana Saad di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib[selepas ijtimak] Maulana Saad [12.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan hidayat Maulana Saad 12.7.09 di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib Maulana Saad [11.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

ps~hati hati ada popup,ma'alumlah saya menggunakan web percuma !!
Terima kaseh
MariBertaranum

Mari bertaranum 1
 
Mari bertaranum 2
 
Mari bertaranum 3
 
Mari bertaranum 4


Tulisan yang lepas
September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

segala pertanyaan alamat kan kapada
infougama@wangkita.com