Tulisan mengenai MANZIL ini mengandungi beberapa ayat Al-Qur’an yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat r.a sabagai syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.
Hadist sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH [jilid 3 ,m.374] yang dikarang oleh As-syeikhul kabir Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn Maulana Ilyas rah.a .hadist tersebut dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim, dan Tarmidhi rah.a.
Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayat kan ;”sewaktu kami bersama Rasulullah saw se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya.
Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah Al-Fatehah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah(2;1-4)ayat bermula dangan Wa ilahukum ilahu wahid (2;163).Ayat Syahidallahuannahu
(3;18), ayat terakhir surah Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta’ala (72;3),sepuluh ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10) ,tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar (59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6)
Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ.penyakit yang di deritai nya itu telah hilang. [Kanz jil.1 m212]
Fadhilat MANZIL ini terlalu banyak ,dari pengalaman kebanyakan orang manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir jin dan lain lain.
Dua cara mengubat pesakit iaitu pesakit itu sendiri membaca ayat-ayat tersebut dan orang lain boleh membacakan dan hembus diatas air.dan air itu diminum oleh pesakit.semoga Allah swt memberi berkat kita semua dengan kesihatan rohani dan jasmani. klik untuk baca ayat-ayat manzil

