Ikram muslimin

Fulfill the rights of muslim

Maksud:

-Muliakan Orang Islam

Respect and honour all muslims

-Tunaikan Hak saudara islam tanpa tuntut hak

Fulfill the rights of a muslim without seeking rewards

Fadhilat atau kelebihan nya:

-Barang siapa memaafkan kesalahan orang muslim,Allah akan memaafkan kesalahannya pada hari kiamat

(Abu Hurairah/ hr Ibnu Hibban/ sohih 405/86mh)

Baginda s.a.w telah bersabda bahawa di dalam syurga ada rumah2 yang dibuat seolah olah buatan dari kaca,kesemua benda didalam boleh dilihat dari luar dan kesemua benda diluarnya boleh dilihat dari dalamnya.para sahabat telah bertanya wahai pesuruh Allah siapakah yang akan memiliki nya.baginda menjawab.mereka yang bercakap dengan cara baik,yakni tidak bercakap dengan muka masam,bengis,dan kasar.

Rumah2 yang buatan nya saolah2 dari kaca,jadi orang yang mendapatkannya,mereka yang bercakap dengan cara baik,yakni tidak bercakap dengan muka masam,bengis,dan kasar.dan yang melayani manusia dengan makanan,dan orang yang berpuasa,dan bersholat tahadjud ketika orang lain sedang tidur

(Ibnu Abi syaibah,Termidzi; Durre Manthur/fs152)

Abdullah Ibnu salam r.a. yang ketika itu belum islam lagi bahkan maseh berugama yahudi berkata ,Apabila baginda s.a.w telah berhijrah datang ke madinatul munawwarah masa itu saya telah pergi serta merta katempat beliau.

melihat wajah nya saya telah berkata pada diri saya sendiri,wajah yang begitu mubarak tak munkin menjadi kepunyaan saorang pendusta,setelah sampai kesana ,saya telah dengar perkataan yang paling utama keluar wahai manusia ,biasakan lah ucapan salamantara satu sama lain,jamulah orang lain dengan makanan,hubungilah silaturrahim dan sembahyanglah pada waktu malam, masa manusia sedang tidur,maka kamu akan masuk syurga dengan selamat.[misykat]

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُوراً

عَيْناً يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيراً

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْماً كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيراً

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسِيراً

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُوراً

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْماً عَبُوساً قَمْطَرِيراً

فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُوراً

وَجَزَاهُم بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيراً

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْساً وَلَا زَمْهَرِيراً

وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلاً

وَيُطَافُ عَلَيْهِم بِآنِيَةٍ مِّن فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا

قَوَارِيرَ مِن فِضَّةٍ قَدَّرُوهَا تَقْدِيراً

وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْساً كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلاً

عَيْناً فِيهَا تُسَمَّى سَلْسَبِيلاً

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤاً مَّنثُوراً

وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيماً وَمُلْكاً كَبِيراً

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَاباً طَهُوراً

إِنَّ هَذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاء وَكَانَ سَعْيُكُم مَّشْكُوراً

[Al Insan:5-22]

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, -

Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

“Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”,

Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

(Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.

[Al Insan:5-22]

Didalam ayat Quran yang tersebut diatas firman Allah s.w.t bahawa kerana cinta kepadanya mereka berikan makanan kepada orang orang miskin,anak anak yatim dan orang tawanan,dan mereka berkata(dengan lidah atau hati)”sesungguh nya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata mata;kami tidak berkehendakan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kaseh.

Telah di nyatakan dalam sebuah hadith bahawa sesiapa yang memberi makan kapada saudaranya hingga kenyang dan diberi minum sehingga hilang hausnya,maka Allah akan meletakan tujuh parit diantara dia dan neraka yang lebar satu parit adalah perjalanan tujuh ratus tahun.[kanz]

Sebuah hadith menyatakan bahawa makhlok keseluruhan adalah merupakan keluarga Allah.Jadi orang yang paling disayang Allah adalah orang yang menyampaikan faedah yang paling banyak kepada ahli keluargaNya[Kanz]

Didalam sebuah hadith terdapat sabdaan baginda s.a.w. bahawa setiap kebaikan adalah merupakan sedekah

,bercakap secara baik kapada saudara dan memberi air daripada bekas sendiri kadalam periuk jiran jiran juga adal termasuk kebaikan.[kanz]

Bercakap cara baik adalah bercakap dengan manis muka dan jangan lah bercakap dengan kasar,bengis serta masam muka.

sabuah hadith menyatakan bahawa walau pun sedikit ihsan tidak sia sia seperti ianya bercakap dengan manis muka kapada saudaranya.

Didalam sebuah hadith telah di nyatakan jangan lah sesiapa pun mengecilkan apa juga darjat ihsan yang telah diberikan ,jika tidak dapat membuat apa apa yang lain,sekurang kurang nya berjumpalah saudara mu sambil tersenyum.[kanz]

Sabuah hadith menyatakan bahawa berbual dengan saudara sambil tersenyum adalah sedekah,menyuruh seseorang kapada kebaikan dan mencegahnya dari kejahatan juga termasuk sedekah.menunjuk jalan kapada orang yang telah sesat jalan juga sedekah .memberi air dari bekas sendiri kedalam periuk orang lain juga sedekah[Kanz]

Didalam sebuah hadith telah diterangkan bahawa pada hari kiamat Ahli ahli neraka akan berdiri didalam satu barisan.Salah saorang islam(ahli syurga yang sempurna)akan melalui barisan mereka.daripada barisan tersebut salah seorang akan menyuruh dia ,”silalah beri akuan kapada Allah bagi saya”Dia akan bertanya “siapakah engkau?’. Ahli jahanam akan berkata,”tidakkah engkau mengenali saya?”Wal hal pada kehidupan duniasatu ketika anda telah meminta air dari saya dan saya pun telah memberi anda minum air.: Jadi dia pun akan mensyafaati(dan itu pun akan di makbulkan)Begitulah orang lain akan memberitahu bahawa dia (ahli syurga)telah meminta sekian sekian benda daripadanya dan dia telah memberi benda tersebut kapadanya[Kanz]

Sebuah hadith lagi menerangkan bahawa apabila salah seorang ahli syurga akan melalui ahli neraka,maka salah saorang ahli neraka akan bersuara kepadanya,”Tidakkah anda mengenali saya?” Saya adalah salah saorang yang telah memberi anda minum pada hari itu di sekian sekian masa.Pada sekian sekian waktu saya telah memberi anda air whudu’”[misykat]

Dalam sebuah hadith yang lain telah dinyatakan bahawa pada hari kiamat ahli2 syurga dan ahli2 neraka akan berbaris.Salah saorang dari barisan ahli neraka akan melihat seorang yang berbaris dalam saf ahli syurga.maka dia akan memberi peringatan kapadanya bahawa dalam kehidupan dunia dia telah memberi ihsan kapada nya(ahli syurga tersebut).Maka ahli syurga tersebut akan memegang tangan ahli neraka tersebut dan akan memohon pada Allah s.w.t “Ya Allah ,orang ini telah memberi ihsan kapada saya semasa didunia.”maka Allah pun menjawab,”dengan limpah rahin dan kurnianu,dia dimasukan kadalam syurga[Kanz]

Didalam hadith yang lain telah dinyatakan sabdaan baginda s.a.w ,”kuatkan lah hubungan dan perkenalan dengan orang2 miskin dan berihsanlah kapada mereka,disisi mereka ada sesuatu yang paling beharga sekali.”

Para sahabat s.a.w telah bertanya ,”apakah yang paling beharga itu?”Baginda s.a.w telah bersabda,”pada hari kiamat mereka telah disuruh memegang tangan orang orang yang telah memberikan makanan kapada mereka walau pun sekeping roti atau telah memberi minum air atau pun telah memberi pakaian kapada mereka dan membawa bersama sama mereka ka dalam syurga.”

Telah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa pada hari kiamat Allah s.w.t. akan membela diri kapada orang2 miskin seperti manusia membela diri antara satu sama lain dan akan berfirman kapada mereka,”Demi kemulianku! demi keagunganku! kamu telah dilucutkan oleh ku daripada dunia bukanlah kerana kedudukanmu hina disisiku.Hari ini kedudukan mu adalah amat mulia,Wahai hamba2ku! pergilah kapada saf saf ahli neraka itu dan pilih mereka yang telah memberi makanan kapada kamu kerana aku.Mereka ini adalah diserahkan kapada kamu.”Dilihatnya ahli ahli neraka tenggelam dalam peluh sampai kaparas muka,lepas itu dia akan kenal orang orang yang sedemikian dan akan membawa mereka kadalam syurga[Raudh-ur-Ryaheen]

Didalam satu hadith lagi pada hari kiamat akan dibuat satu pengumuman”dimanakah orang orang miskin dikalangan umat Muhamad s.a.w. ?Bangunlah dan carilah dipadang masyar ini,akan orang orang yang telah memberi kamu walau pun sesuap makanan kerana Aku atau pun memberi seteguk air untuk diminum olehmu kerana AkuAtau pun telah memberi sehelai kain sama ada lama atau pun baru untuk kamu pakai kerana Aku.Pegang lah tangan mereka dan masukakan lah mereka kadalam syurga,”Maka orang orang miskin dalam kalangan umat ini akan bangun dan memegang tangan seseorang lalu berkata,”Wahai Allah! orang ini telah berikan makanan kapada saya;orang ini telah berikan minuman kapada saya.”tidak seorang miskin pun dari kalangan umat ini sama ada muda atau pun tua akan ketinggalan melainkan dia akan memasukan orang sedemikian itu kadalam syurga.[kanz]

Telah dinyatakan dalam sebuah hadith lagi bahawa sesiapa yang memberi makanan kapada makhlok yang bernyawa yang sedang lapar,Maka Allah akan memberikan kapada nya makanan yang lebeh baik didalam syurga.

sebuah hadith yang lain menyatakan bahawa kebaikan akan masuk kadalam rumah dengan cepat dimana tetamu dilayan dengan makanan,seperti mana keris memasuki bonggol seekor unta[kanz]

Hadrat Ibnu Mubarak rh.a suka memberi buah tamar yang bermutu tinggi kapada orang orang lain dan telah berkata,’Sesiapa yang makan lebeh banyak,akan diberi satu dirham kapada setiap satu buah tamar yang dia makan.”[ihya]

sebuah hadith lagi menyatakan bahawa pada hari kiamat satu penyiar akan mengumumkan,”Dimanakah mereka yang menyambutkan orang2 miskin?Hari ini kamu masuk lah kadalam syurga dalam keadaan tanpa ketakutan dan kebimbangan.”Satu lagi penyiar akan mengumumkan,Dimanakah mereka yang menziarahi fakir miskin yang sakit/ Hari ini mereka akan duduk di mimbar mimbar cahaya dan akan berbual bual dengan Allah s.w.t dimana orang yang lain sibuk dihisab dengan keras.”[kanz]

Telah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa,ada sesetengah bidadari yang mas kawin nya hanya segenggan buah tamar atau benda benda yang lain sekadar itu juga,diberi sebagai sedekah[kanz]

Hadith yang lain menyatakan memberi makan kapada orang lapar akan mewajibkan keampunan.[kanz]

Telah dinyatakan dalam sabuah hadith bahawa amalan yang paling disukai Allah berbanding amalan amalan yang lain ialah,menyenangkan orang islam,atau menghilangkan kebimbangannya atau menjelaskan hutang nya atau pun memberi ia makanan ketika ianya sedang lapar[kanz] yakni kesemua ini adalah amalan yang paling disukai Allah s.wt. sebanyak mana yang boleh diamalkan.

Didalam hadith yang lain telah dinyatakan bahwa menyenangkan orang islam,menghilangkan kelaparan nya dan menjauhkan dia dari musibah adalah amalan amalan yang me wajibkan keampunan.

Sebuah hadith menyatakan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya yang islam,Allah s.w.t. akan menunaikan 72 hajat hajat nya dan yang paling ringan daripada hajat hajat nya itu ialahkeampunan segala dosa dosa nya[kanz]Yakni hajat hajatnya yang lain(yang Allah s.w.t akan menunaikan)adalh lebeh besar daripada keampunan.

(fhadilat sedekah 151-158)

Cara dapatkan nya;

-Sangka baik pada saudara islam

-Hormati yang tua,muliakan yang a’lim,kasehi yang muda

-mengajak kapada penting nya ikram sesama islam

-Doa

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

AmalanMalam

addukhan
 
Tabarokallazi

Istimak2009

Assalamualaikum

Ini ada rakaman audio tentang bayan (penerangan dari Maulana)Yang berlangsung selama 3 hari di ijtimak Nilai pada 10,11,12/09/2009 tempoh hari ,sesiapa yang tak berkesempatan boleh lah mendengar disini.

Terjemahan-bayan-magrib-maulana-mohamad-lat-9.7.2009

Bayan Suboh 10.9.09 Maulana Saad di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib[selepas ijtimak] Maulana Saad [12.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan hidayat Maulana Saad 12.7.09 di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib Maulana Saad [11.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

ps~hati hati ada popup,ma'alumlah saya menggunakan web percuma !!
Terima kaseh
MariBertaranum

Mari bertaranum 1
 
Mari bertaranum 2
 
Mari bertaranum 3
 
Mari bertaranum 4


Tulisan yang lepas
September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

segala pertanyaan alamat kan kapada
infougama@wangkita.com