Huzaifah r.a berkata bahawa apabila Rasul Allah s.a.w. tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas baginda sholat,sholat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t. Bersholat ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama besegera mencari rahmat Allah s.w.t. dan apabila rahmat Allah s.w.t. itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas bekas kesulitan itu tak akan ada lagi.

Memang ada banyak hadis mengenai amalan amalan Rasul Allah s.a.w seperti ini,demikian juga ada banyak amalan para shahabat yang mengikut amalan amalan nya yang hingga sekecil kecil nya pun.

Kata Abu Darda r.a “Apabila angin kencang meniup Rasul Allah s.a.w. segera masuk ke masjid dan baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersholat

Shohib r.a. telah diberitahu oleh Rasul Allah s.a.w. bahawa para Rasul Allah yang dulu dulu pun pernah bersholat juga semasa menghadapi kedurjanaan.

Sedang didalam satu perjalanan ibnu Abbas r.a.huma menerima berita kematian anak nya.beliau turun dari unta nya dan sholat 2 rakaat sambil berdoa beberapa lama dalam tasyahud.kemudian beliau mengucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”seraya berkata.”aku telah melaksanakan apa yang Allah s.wt. telah perintahkan ku melaksanakan nya di dalam kitab yak ni:

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;[Albaqarah ;45]

Satu lagi riwayat yang serupa di beritakan mengenai beliau ialah dalam satu perjalanan beliau telah menerima berita mengenai kematian saudaranya yang bernama Qusum r.a. Beliau turun dari unta nya lalu sholat 2 rakaat ditepi jalan serta berdoa beberapa lama dalam tasyahud.setelah selesai bersholat beliau tunggangi semula untanya sambil membaca ayat Quran yang berikut;

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;[Al baqarah:45]

A’bdullah ibni Salam r.a. menceritakan,apabila keluarga Rasul Allah s.a.w tertimpa sesuatu kesusahan rasul Allah s.a.w. akan memerintah mereka bersholat dan membaca ayat Quran yang berikut ini;

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.[tho ha ;132]

Dalam sebuah hadis ada tersebut bahawa apabila seseorang tersua dengan sesuatu hajat,sama ada mengenai kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat atau hajat itu mengenai Allah s.w.t atau hambanya.maka hendaklah dia mengambil whudu’ yang sempurna, sholat dua rakaat ,memuji Allah s.wt. dan menselawati Rasul s.a.w. selepas itu berdoa dengan membaca doa ini.

Laa ilaaha illa allahul halimul karim

subhanallahi robbil ‘arsyil ‘azim

alhamdu lillahi robbil ‘alamin

as aluka mujibaati rahmatika

wa’azaaa ima magfirotika

wal ghonimata min kulli birrin

was salamatan min kulli ismin

la tada’ lana zanban illa ghofartahu

wala hamman illa farrajtahu

wala hajatan hia laka redhon illa qodai taha

ya arhamurohimin.

ertinya;

Tak ada tuhan melainkan Allah yang maha pemaaf lagi maha pemurah

Maha suci Allah tuhan yang mempunyai a’ras yang besar

segala puji bagi Allah tuhan semesta alam

Aku memohon kapad mu segala yang menyebabkan aku memperolehi rahmatmu dan keampunan mu,

dan memperolehi keuntungan dari segala kebajikan

dan kesejahteraan dari segala dosa

jangan lah engkau tinggalkan bagi ku akan sesuatu dosa

dengan tidak engkau mengampuni nya

dan sesuatu kegundahan dengan tidak engkau melapangkan nya

atau menghilangkan nya

dan sesuatu hajat yang engkau redhoi yang tidak engkau penuhi

terima lah wahai tuhan yang maha rahim.

Wahab bin Munabbah menulis,”mohonlah segala hajat mu agar di makbulkan.oleh Allah s.w.t. menerusi sholat.”kalau sesuatu bencana menimpa manusia dimasa dahulu,mereka lekas lekas pergi ke masjid mengerjakan sholat.

firman Allah;

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).[An Naml ;62]

أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya[An Naml;63]

أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar “.[An Naml ;64]

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).[An Naml ;65]

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

AmalanMalam

addukhan
 
Tabarokallazi

Istimak2009

Assalamualaikum

Ini ada rakaman audio tentang bayan (penerangan dari Maulana)Yang berlangsung selama 3 hari di ijtimak Nilai pada 10,11,12/09/2009 tempoh hari ,sesiapa yang tak berkesempatan boleh lah mendengar disini.

Terjemahan-bayan-magrib-maulana-mohamad-lat-9.7.2009

Bayan Suboh 10.9.09 Maulana Saad di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib[selepas ijtimak] Maulana Saad [12.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan hidayat Maulana Saad 12.7.09 di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib Maulana Saad [11.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

ps~hati hati ada popup,ma'alumlah saya menggunakan web percuma !!
Terima kaseh
MariBertaranum

Mari bertaranum 1
 
Mari bertaranum 2
 
Mari bertaranum 3
 
Mari bertaranum 4


Tulisan yang lepas
September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

segala pertanyaan alamat kan kapada
infougama@wangkita.com