KEPERLUAN2 SHOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLEH AHLI-AHLI SUFI
Ahli-ahli sufi menulis ada 12 ribu fhadilat yang dapat dicapai dalam sholat melalui 12 perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafa’at yang penuh dari sholat nya dia mestilah jaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.
Perkara perkara itu adalah seperti berikut:
1. Ilmu: Seseuatu ibadat yang di’amalkan tanpa ‘ilmu amatlah rendah mutu nya dari ibadat2 yang dilakukan dengan cukup ‘ilmu.oleh itu kita mestilah tahu;
(a)Yang mana kah dari amalan amalan itu yang fardhu dan yang sunat;
(b)Apakah yang fardhu dan apakah yang sunat dalam whudo’ dan Sholat;
(c)Bagaimanakah syaitan itu menghalang dalam sholat;
2. Whudo’ : Kita mestilah cuba:-
(a) Membersehkan hati kita dari hasad dan dengki seperti mana kita memberseh kan anggota-anggota badan kita yang lain-lain;
(b) Menjaga diri kita agar berseh dari dosa;
(c) Supaya jangan membazir dalam menggunakan air;
3. Pakaian: Pakain kita hendaklah:-
(a) Yang diperolehi dari sumber yang halal;
(b) Yang berseh;
(c) menurut sunnah yakni mata kai (buku lali ) jangan ditutup;
(d) sederhana dan jangan yang – boleh menunjukan sifat pelagak dan pemegah;
4. Waktu: Kita hendaklah boleh:-
(a) memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa;
(b) berwaspada akan azan setiap ketika;
(c) menitik beratkan waktu sholat kerana takut kalau-kalau terlambat
5. Qiblat: Ada tiga perkara yang mesti dipastikan semasa mengadap Qiblat:-
(a) Kita hendaklah mengadap Qiglat dengan jasad;
(b) hati mestilah selalu mengingati Allah kerana Qiblat hati ialah Allah
(c) Ta’atilah Allah seperti mana hamba menta’ati tuan nya;
6. Niat: Untuk ini kita perlukan perkara-perkara yang berikut ini yang mestilah dititik beratkan:-
(a) Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin akan sholat yang hendak ditunaikan;
(b) kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang mengadap Allah yang melihati kita;
(c) kita hendaklah yakin dengan sebenar benar yakin yang Allah s.w.t mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita;
7. Takbir tahrima: Keperluan takbir tahrima adalah:-
(a) Lafaz-lafaz nya hendakalah dilafaz dengan betul;
(b) Kedua-dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ketelinga.Ini menandakan bahawa kita sudah putuskan segala hubungan kita dengan segala-galanya kecuali Allah s.w.t.
(c) Kebesaran Allah s.w.t terasa didalam hati semasa melafaz “Allahu Akbar”.
8. Qiyam : Semasa Qiyam kita hendaklah :-
(a) Pandang ka tempat sujud;
(b) Rasa didalam hati bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah s.w.t;
(c) jangan ingat apa-apa;
9. Qara’at: Keperluan-keperluan Qara’at adalah:-
(a) membaca Qur’an dengan tajweednya;
(b) memikiri makna ayat-ayat yang dibaca;
(c) cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya;
10. Ruku’: keperluan-keperluan ruku’ adalah:-
(a) belakang kita mestilah lurus yakni seluruh badan atas dari kaki hendaklah lurus seperti satu garisan;
(b) lutut dipegang kukuh-kukuh dengan jari-jari direnggangkan;
(c) mengucap tasbih dengan penuh tawadhu’ dan kusyu’.
11. sujud : Keperluan-keperluan sujud adalah :-
(a) tangan diletak dekat dengan telinga;
(b) siku ditinggikan dari bumi;
(c) mengucap tasbih dengan penuh kyusu’;
12.Qaadah : Keperluan-keperluan Qaadah adalah :-
(a) duduk diatas kaki kiri sedang kaki kanan ditegakkan;
(b) mengucap tasyahud dengan khusyu’ serta mengingati makna nya kerana iamengandungi selawat atas Rasulullah s.a.w serta doa bagi saudara-saudara kita orang islam;
(c) menganggap salam sebagai ucapan salam kepada malaikat-malaikat juga kepada orang disebelah kanan dan kiri.
Sabagaimana yang telah dikatakan ikhlas adalah intisari bagi segala perkara maka ia menghendaki kita agar :-
(a) bersholat semata-mata mencapai keredhaan Allah s.w.t ;
(b) memahami hanya dengan rahmat dan rahim nya saja kita dapat bersholat;
(c) mengharap pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t .
Makna-makna lafaz dalam sholat.
Sholat adalah satu ‘amalan yang paling bahagia dan berkat.Setiap lafaznya mansifatkan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t .Iftitah yakni doa pembukaan sholat mengandungi erti yang paling sholeh lagi berbakti;
Jemala kita yang kita anggapa bahagian yang paling utama dalam tubuh kita dan mata,telinga,hidung dan lidah diletak diatas tanah didepan NYA dengan harapan bahawa DIA akan menunjukkan RahimNya serta menganugerahkan RahmatNYA keatas kita. berdiri dengan tangan kita berQiyam didepan NYA adal menunjukkan kehinaan kita kapadaNYA.Ini diperkuatkan lagi dengan kepala kita di tundukkan semasa ruku’ dan puncaknya tercapai apabila kita meletakkan jemala kita itu diatas tanah didepanNya .Sebenarnya keseluruhan sholat adalah tanda kehinaan dan kerendahan diri dan dari itu ia adalah satu cara kegairahan rohani.Semoga Allah s.w.t dengan limpah RahimNya menggerakkan daku dan sekelian orang islam mendirikan sholat yang demikian itu. Amin!

