Archive for the ‘dakwah’ Category
Firman Allah
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”[Surah Fussilat:33]
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.[Surah Taha:132]
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.[Surah Luqman:17]
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.[Surah Adz-Dzaariyaat:55]
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.[Surah A-li 'Imraan:104]
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.[Surah A-li 'Imraan:110]
لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.[Surah An-Nisaa':114]
Hadith Nabi s.a.w
Barangsiapa melihat sesuatu kemunkaran dilakukan dihadapannya maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan.Jika dia tidak berkuasa hendaklah dia mencegah dengan lidah nya, dan jika dia juga tidak dapat berbuat demikian maka dia hendaklah merasa benci didalam hatinya dan ini adalah iman yang selemah lemahnya
(hr muslim/ Termidzi/ Abu Daud/ Ibni Majah/ Nasa i)
Sabuah lagi Hadith menyatakan barangsiapa membenci maksiat dalam hati nya pun dia adalah sebenar benar beriman,tetapi ini adalah iman yang paling lemah.Kini fikirlah baik2,
berapakah ramai orang islam yang telah mengamalkan hadith ini?
Berapakah ramai kita yang telah mencegah maksiat dengan kuasa?
Berapakah ramai yang telah mencegah kemaksiatan dengan lidah?
Dan berapakah ramai kita yang benar2 benci kemaksiatan dalam hati nya?
Mari lah kita sama2 periksa iman kita mengikut garis garis ini.
Adalah diberitakan dari Nukman bin Basir bahawa Rasul Allah s.a.w. telah bersabda:
Perbandingan orang yang tidak melewati batasan Allah s.w.t. dengan orang yang melewatinya didalam sesebuah masyarakat adalah seumpama dua gulungan yang menaiki sebuah bahtera.Satu dari gulungan itu duduk dibahagian atas dan satu gulungan lagi duduk dibahagian perut bahtera tersebut.Jadi, apabila gulungan yang dipihak perut bahtera itu tadi memerlukan air maka mereka berkata,”mengapa patut kita menyusahkan orang2 yang dibahagian atas itu;Kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi pada bahagian kita ini.”
Kini jika pihak bahagian atas tidak mencegah mereka itu dari kejahilan yang sedemikian itu,maka kesemua mereka itu akan karam,sebalik nya jika perbuatan penjahil itu dicegah kesemua mereka itu akan selamat.
(hr Bukhari/ termidzi)
Sekali ada shahabat2 r.anhuma bertanya kepada Baginda s.a.w. “ya Rsul Allah ! bolehkah kami dimusnahkan walaupun ada beberapa orang yang sholeh lagi taqwa dikalangan kami? Baginda s.a.w. menjawab:ya! kerana yang sholeh munkin berdiam diri dan tidak menegah yang lain2 itu dari melakukan perkara yang munkar”
Dewasa ini orang2 islam yang sensitif lagi sholeh pada umum merasa cemas mengenai kemerosotan dan kejatuhan bangsa dan mereka mengutarakan rancangan2 yang tertentu untuk menghentikan kemerosotan ini.tetapi mereka tidak memikirkan apakah sebabnya yang sebenarnya yang merosotkan kita itu ! mereka tidak dapat mengtakrifkan sebabnya iaitu penyakit2 akhlak dan rohani kita,sedangkan rawatan yang sempurna telah diberi khabarkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. pendek kata,sebab yang paling besar kita merosot ialah kita tidak memberikan perhatian terhadap tabligh dan kita tidak juga membantu mubaligh2 yang telah mengabdikan diri mereka dalam usha yang suci murni ini
(Shiekul Hadith Maulana Zakariya Rahmatullah alaihi :fhadilat tabligh /ms572-573)
Sunnah Allah pada kemenangan dan kekalahan
Antara sunnah Allah pada kemenangan umat islam ialah ia berkait rapat dengan satu ikatan yang tidak terungkai iaitu sejauh manakah mereka beriltizam atau berpegang teguh dengan hukum2 ugama dan syari’at tuhan mereka.Hakikat inilah yang diputuskan berdasarkan nas nas Al Qur’an Al Karim dan hadith Rasul Rasul Allah s.a.w.,Bahkan ia telah dibuktikan percubaan percubaan sepanjang sejarah dan keadaan hidup umat islam ketika mereka mendapat bantuan dan ketika mereka mendapat kehinaan.
Sekiranya terjadi kekalahan bagi umat islam,maka mesti disana terdapat lubang atau kecacatan pada hakikat iman sama ada ia berbentuk rohani mahu pun amali,kekalahan berlaku mengikut besar kecilnya kecacatan itu,Kemudian kemenangan akan menjelma kembali apabila mereka mula menemui kecacatan itu dan menutup kecacatan dengan perubahan diri dan bertaubat bersungguh sungguh kapada Allah.
(R.K.B.M&M.A Hj muhammad fadli Ismail/ ms88)
Korban Masa Dan Harta Untuk Ugama
وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.[Surah Al- Baqarah:195]
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِي
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[Surah At-Taubah:111]
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).[Surah At-Taubah:112]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.[Surah Al-Ahzaab:70-71]
قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”[Yusuf:108]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْعَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِي
وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
[Surah As-Saff:10-14]
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[Al angkabuut: 69]
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَاباً مِّن عِندِ اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.[Ali Imran;195]
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً إِنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar[At Taubah:22]
Maksud ikhlas niat :
-Amal hanya untuk dapatkan keredhoan Allah
All practices purely to seek the pleasure of Allah
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.[Al Baqarah :271]
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.[Al Baqarah:274]
Didalam kedua2 ayat ini telah di puji pemberian sedekah secara sembunyi dan juga dengan cara terang terangan.dalam banyak hadith ada ayat2 Quran ‘riya yakni amalan untuk menunjuk nunjukkan kapada orang.Telah di cela dan telah diberitahu sebagai syirik dan bahwa dengan segala kebajikan itu akan terhapus dan dosa pula diperolehi.Oleh itu kenalah kita fahami amalan untuk menunjuk nunjuk kapada orang adalah satu perkara lain.Tidak semestinya satu amalan yang dilakukan terang terangan itu menjadi riya;Bahkan riya adalah satu amaln yang dilakukan untuk kebesaran diri,kerana kemasyuran diri,dan untuk menzahirkan kesempurnaan diri sendiri.dan untuk menghasilkan kemuliaan untuk diri sendiri.
-Sesungguh nya Allah tidak menerima satu satu amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas
(Abu Amamah/ hr Nasai 3142/ 11mh)
(Anas bin Malik/ hr Thabrani/ sohih 10-635/ 57mh)
Periksa Niat;
Sesungguhnya keikhlasan itu saja yang di pentingkan disisi Allah s.w.t. amalan-amalan manusia akan di nilai menurut keikhlasan mereka masing masing.Menurut tinjauan ulama ulama taksir hakikat keikhlasan itu ialh supaya perbicaran manusia dapat disesuaikan dengan amalan nya.Di terangkan dalam sabuah hadith bahawa yang menegah manusia itu daripada melakukan kemaksiatan itulah keikhlasan yang sebenarnya.
Dalam kitab bahjatul Nufus ada di ceritakan bahwa ada seorang raja yang paling zalim lagi kejam.Ada sekali dibawa minuman keras untuk raja itu dengan sebuah kapal.Dengan tak semena mena muncul lah seorang hamba Allah dikapal itu,lantas ia memecah kan tempayan2 yang berisi minuman2 keras itu. Hanya satu tempayan saja ditinggalkan nya.Dikapal itu tiada saorang pun yang berani menegah perbuatan nya itu.Orang ramai yang berada dikapal itu teperanjat benar manakala peristiwa itu berlaku kerana bimbangkan kekejaman dan kezaliman raja itu.”sungguh berani orang itu berbuat demikian., kata mereka.peristiwa itu disampaikan kapada raja tadi.pada mula mulanya raja turut teperanjat kerana perbuatan yang ganjil itu,katanya “mengapa ia berani berbuat demikian?”jawab nya,Aku bertindak demikian kerana desakan hatiku.Jika aku bersalah perbuatlah terhadap hamba ini apa saja yang kamu suka.”lalu ditanya kembali kepada nya, “baiklah kalau begitu kenapa kamu tinggalkan yang satu tempayan ini?’ ia menjawab “dahulu aku memecahkan tempayan2 yang berisi minuman keras itu kerana desakan kegairahan terhadap ugama islam, kemudian apabila tinggal hanya satu saja maka hati ku menjadi gembira dan bangga kerana aku berjaya membasmi perbuatan yang keji itu,kini jika aku memecahkan tempayan yang satu lagi ,maka munkinlah yang ditinggalkan itu menjadi kerana hatiku sendiri,lantaran itulah aku tinggalkan nya.”Lantas siraja berkata,”biarkanlah dia kerana dia didominir oleh satu kuasa yang luar biasa”
-selalulah menceritakan atau memperkatakan akan pentingnya ikhlas dalam amalan dan berdoa terhadap Allah supaya kita perolehi hakikat keikhlasan itu.
-(fadhilat zikr ms253-254)
Huzaifah r.a berkata bahawa apabila Rasul Allah s.a.w. tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas baginda sholat,sholat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t. Bersholat ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama besegera mencari rahmat Allah s.w.t. dan apabila rahmat Allah s.w.t. itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas bekas kesulitan itu tak akan ada lagi.
Memang ada banyak hadis mengenai amalan amalan Rasul Allah s.a.w seperti ini,demikian juga ada banyak amalan para shahabat yang mengikut amalan amalan nya yang hingga sekecil kecil nya pun.
Kata Abu Darda r.a “Apabila angin kencang meniup Rasul Allah s.a.w. segera masuk ke masjid dan baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersholat
Shohib r.a. telah diberitahu oleh Rasul Allah s.a.w. bahawa para Rasul Allah yang dulu dulu pun pernah bersholat juga semasa menghadapi kedurjanaan.
Sedang didalam satu perjalanan ibnu Abbas r.a.huma menerima berita kematian anak nya.beliau turun dari unta nya dan sholat 2 rakaat sambil berdoa beberapa lama dalam tasyahud.kemudian beliau mengucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”seraya berkata.”aku telah melaksanakan apa yang Allah s.wt. telah perintahkan ku melaksanakan nya di dalam kitab yak ni:
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;[Albaqarah ;45]
Satu lagi riwayat yang serupa di beritakan mengenai beliau ialah dalam satu perjalanan beliau telah menerima berita mengenai kematian saudaranya yang bernama Qusum r.a. Beliau turun dari unta nya lalu sholat 2 rakaat ditepi jalan serta berdoa beberapa lama dalam tasyahud.setelah selesai bersholat beliau tunggangi semula untanya sambil membaca ayat Quran yang berikut;
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;[Al baqarah:45]
A’bdullah ibni Salam r.a. menceritakan,apabila keluarga Rasul Allah s.a.w tertimpa sesuatu kesusahan rasul Allah s.a.w. akan memerintah mereka bersholat dan membaca ayat Quran yang berikut ini;
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.[tho ha ;132]
Dalam sebuah hadis ada tersebut bahawa apabila seseorang tersua dengan sesuatu hajat,sama ada mengenai kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat atau hajat itu mengenai Allah s.w.t atau hambanya.maka hendaklah dia mengambil whudu’ yang sempurna, sholat dua rakaat ,memuji Allah s.wt. dan menselawati Rasul s.a.w. selepas itu berdoa dengan membaca doa ini.
Laa ilaaha illa allahul halimul karim
subhanallahi robbil ‘arsyil ‘azim
alhamdu lillahi robbil ‘alamin
as aluka mujibaati rahmatika
wa’azaaa ima magfirotika
wal ghonimata min kulli birrin
was salamatan min kulli ismin
la tada’ lana zanban illa ghofartahu
wala hamman illa farrajtahu
wala hajatan hia laka redhon illa qodai taha
ya arhamurohimin.
ertinya;
Tak ada tuhan melainkan Allah yang maha pemaaf lagi maha pemurah
Maha suci Allah tuhan yang mempunyai a’ras yang besar
segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
Aku memohon kapad mu segala yang menyebabkan aku memperolehi rahmatmu dan keampunan mu,
dan memperolehi keuntungan dari segala kebajikan
dan kesejahteraan dari segala dosa
jangan lah engkau tinggalkan bagi ku akan sesuatu dosa
dengan tidak engkau mengampuni nya
dan sesuatu kegundahan dengan tidak engkau melapangkan nya
atau menghilangkan nya
dan sesuatu hajat yang engkau redhoi yang tidak engkau penuhi
terima lah wahai tuhan yang maha rahim.
Wahab bin Munabbah menulis,”mohonlah segala hajat mu agar di makbulkan.oleh Allah s.w.t. menerusi sholat.”kalau sesuatu bencana menimpa manusia dimasa dahulu,mereka lekas lekas pergi ke masjid mengerjakan sholat.
firman Allah;
أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).[An Naml ;62]
أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya[An Naml;63]
أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar “.[An Naml ;64]
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).[An Naml ;65]
Maksud sholat ialah:
Sholat yang dapat mencegah diri dari perbuatan fasad dan munkar,
Firman Allah
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.[Al angkabut;45]
Sholat that keeps one away from indecency and evil
-Bawa sifat ketaatan dalam sholat kadalam penghidupan.
Bring the quality of sholat into daily life.
Fhadilat atau kelebehan sholat;
-Sesungguh nya amal amal kebaikan (seperti sholat)akan menghapuskan dosa,
firman Allah;
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفاً مِّنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.[Hud;114]
verily good deeds take away evil deeds
-Orang yang mendirikan sholat Allah bertanggung jawab memasukan nya ka dalam syurga.
(Qatadah /hr Abu Daud & Ibnu Majah/fa)
A person who establish the sholah,Allah assures his entry to paradise
-Sesungguhnya beruntunglah orang beriman yang khusuk dalam sholah nya
firman Allah
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِين
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;[Al Mukmiminun;1-7]
Successful indeed are the believers,who are humble in their sholah
-Orang yang memelihara sholah nya, mereka akan kekal dalam syurga lagi di muliakan
firman Allah
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;[Al maarij;34]
Those who establish the sholah,shall be honoured in the paradise
-Kunci syurga adalah sholah,Kunci sholah adalah whudu’
(Jabir bin Abdullah/hr Ahmad Musnad 3-3250/19mh)
The key to paradise is sholah, key to sholah is whudu
-Barang siapa yang menjaga sholah nya,maka sholah nya akan menjadi nur,pembela dan keselamatan bagi nya di hari kiamat.
(Abdullah bin amri/hr Ahmad/thabrani/Majmauz Zawa’id 2-21/19mh)
One who establish his sholah,it will become the light,an argument in his favour and a means of his salvation(safeguard him)on the day of kiamah
Cara untuk mendapat kan hakikat sholat ;
-Sholah dengan yakin ianya adalah perentah Allah
Believe that sholah is the command of Allah.
-Dirikan sholah cara Sunnah-seperti sholah berjemaah di masjid
sholah following the way of sunnah
-sholah dengan khusuk-Yakin Allah hadhir
sholah in khusuk -believe Allah is seeing
-Sholah dengan tahu nilai sholah
sholah with knowledge of virtues
-Sholah dengan ikhlas
sholah with sincerity
-Banyakkan sholah sholah sunat
perform the sholah nafilah
-dakwah manusia pada sholah
Invite others to establish sholah
Doa..
Maksud:
-Allah itu robb semesta alam,
رَبِّ الْعَالَمِينَ
yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
[Surah Al- Faatihah:ayat 2 ]
Yang maha berkuasa
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِي
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:” Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”[zukhruuf: 9]
Pencipta langit dan bumi
قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُّسَـمًّى قَالُواْ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا تُرِيدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَآؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ
Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.[Ibrahim ayat:10]
Pemberi rezeki
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).[Huud: 6]
Hanya Allah yang layak disembah dan ditaati
وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِي
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[Baqarah :63]
شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[Imran :18]
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”.[Al Anbiyaa:25]
Allah is the Lord of the universe,the obsolute power,the creator of heaven and earth,the provider.Worship and obey only to Allah.
-Makhlok tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
Creations have no capability to act unless with permissions of Allah
-Hanya Sunnah Rasul s.a.w saja bawa kejayaan untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Practice of sunnah Rasul s.a.w bring success in this life and hereafter
Fadhilat atau kelebehan:
-Orang yang ucap kalima dengan ikhlas dan tiada syirik pada Allah,
dapat keampunan dari Allah,Haram dari api Neraka dan jaminan masuk Syurga.
(ya’la bin shaddad/hr Ahmad,Thabrani,al Bazzar/sohih/6mh),
(Abu Zar/hr Bukhari/sohih/5827/7mh)
(Muaz bin Jabal/hr Ahmad/5-229/50mh)
(Anas bin Mlaik/hr Bukhari/sohih/128 & 7510/51mh)
(Umar/hr Hakim/ sohih/adz Zahabi/1-72/54mh)
(Abu Darda/1-56 sohih /58/mh)
(Itban bin Malik/hr Bukhari/sohih/6243/60mh)
(Jabir bin Abdullah/hr Muslim/sohih/270/63mh)
A person who sincerely recite the kalima,no syirik to Allah,will be pardoned by Allah,saved from hell fire and assured entry to paradise
-Akan keluar dari Neraka orang yang pernah ucap kalima Iman dan dalam hati nya ada iman seberat debu
(Anas/hr Bukhari/sohih/7410/12mh)
(Anas/hr Bukhari/sohih/750/17mh)
One who had said the kalima and having the faith,the weight of dust,shall leave the hell fire
-Dengan syafaat Nabi s.a.w. Allah akan keluarkan dari neraka orang yang ada iman sebesar debu,
(Anas bin Malik/hr Bukhari/sohih/7510/153mh)
By the syafaat of Nabi s.a.w ,Allah will release the ummah from hellfire those who had recited the kalima iman and having spec of faith in the heart.
-orang yang ikut Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. tidak akan sesat selama lama naya
(hr Imam Malik/Al Muwaththa/sohih/702/102mh)
A person who adhere to the Quran and Sunnah Nabi s.a.w. shall never be astrayed.
-Orang yang hidupkan Sunnah Nabi S.a.w.ia cinta pada Nabi,Orang yang cinta Nabi,ia akan bersama Nabi dalam Syurga.
(Anas bin Malik/hr Tirmidzi/hassan/2678/99mh)
A person who practice the Sunnah of the prophet s.a.w ,loves the prophet,the person who loves the prophet,will accompany the prophet in paradise.
-Sesiapa yang taat pada Allah dan Rasul nya..
-maka mereka lah yang memperolehi kemenangan
-telah berjaya mencapai sebesar besar kejayaan
-mereka akan ditempat kan di syurga bersama orang yang telah diberikan nekmat oleh Allah
-Akan dimasukan oleh Allah ka dalam syurga
-Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun pahala dari amalan.
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[Annur:52]
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.[Al Ahzab:71]
وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).[An Nisa:69]
لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَاباً أَلِيماً
Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.[Al Fath:17]
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)[Al Hujurat:14]
He who obeys Allah and his Mesengger,…
-these it is that are the archievers
-he indeed achieves a mighty success
-these are with those upon whom Allah has bestowed favors
-He will couse him to enter gardens
-He will not diminish your deeds
Orang yang ikut Nabi s.a.w. Allah akan cintainya dan ampuni dosanya.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[Al Imran:31]
One who follows prophet s.a.w. Allah will love him and forgive his sins.
Cara untuk mendapatkan hakikat iman
-Amalkan ibu sunnah-Dakwah manusia kapada Allah
-sampaikan mahfom kalima
-seru pada yang makrof dan cegah yang munkar
-Jangan lupa berdoa mohon dari Allah agar mendapat hakikat iman yang sejati.
practice the prime sunnah-call people to Allah
-convey the meaning of kalima iman
-invite to good deeds and forbid the evils

