Archive for the ‘sholat’ Category
Maksud ikhlas niat :
-Amal hanya untuk dapatkan keredhoan Allah
All practices purely to seek the pleasure of Allah
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.[Al Baqarah :271]
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.[Al Baqarah:274]
Didalam kedua2 ayat ini telah di puji pemberian sedekah secara sembunyi dan juga dengan cara terang terangan.dalam banyak hadith ada ayat2 Quran ‘riya yakni amalan untuk menunjuk nunjukkan kapada orang.Telah di cela dan telah diberitahu sebagai syirik dan bahwa dengan segala kebajikan itu akan terhapus dan dosa pula diperolehi.Oleh itu kenalah kita fahami amalan untuk menunjuk nunjuk kapada orang adalah satu perkara lain.Tidak semestinya satu amalan yang dilakukan terang terangan itu menjadi riya;Bahkan riya adalah satu amaln yang dilakukan untuk kebesaran diri,kerana kemasyuran diri,dan untuk menzahirkan kesempurnaan diri sendiri.dan untuk menghasilkan kemuliaan untuk diri sendiri.
-Sesungguh nya Allah tidak menerima satu satu amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas
(Abu Amamah/ hr Nasai 3142/ 11mh)
(Anas bin Malik/ hr Thabrani/ sohih 10-635/ 57mh)
Periksa Niat;
Sesungguhnya keikhlasan itu saja yang di pentingkan disisi Allah s.w.t. amalan-amalan manusia akan di nilai menurut keikhlasan mereka masing masing.Menurut tinjauan ulama ulama taksir hakikat keikhlasan itu ialh supaya perbicaran manusia dapat disesuaikan dengan amalan nya.Di terangkan dalam sabuah hadith bahawa yang menegah manusia itu daripada melakukan kemaksiatan itulah keikhlasan yang sebenarnya.
Dalam kitab bahjatul Nufus ada di ceritakan bahwa ada seorang raja yang paling zalim lagi kejam.Ada sekali dibawa minuman keras untuk raja itu dengan sebuah kapal.Dengan tak semena mena muncul lah seorang hamba Allah dikapal itu,lantas ia memecah kan tempayan2 yang berisi minuman2 keras itu. Hanya satu tempayan saja ditinggalkan nya.Dikapal itu tiada saorang pun yang berani menegah perbuatan nya itu.Orang ramai yang berada dikapal itu teperanjat benar manakala peristiwa itu berlaku kerana bimbangkan kekejaman dan kezaliman raja itu.”sungguh berani orang itu berbuat demikian., kata mereka.peristiwa itu disampaikan kapada raja tadi.pada mula mulanya raja turut teperanjat kerana perbuatan yang ganjil itu,katanya “mengapa ia berani berbuat demikian?”jawab nya,Aku bertindak demikian kerana desakan hatiku.Jika aku bersalah perbuatlah terhadap hamba ini apa saja yang kamu suka.”lalu ditanya kembali kepada nya, “baiklah kalau begitu kenapa kamu tinggalkan yang satu tempayan ini?’ ia menjawab “dahulu aku memecahkan tempayan2 yang berisi minuman keras itu kerana desakan kegairahan terhadap ugama islam, kemudian apabila tinggal hanya satu saja maka hati ku menjadi gembira dan bangga kerana aku berjaya membasmi perbuatan yang keji itu,kini jika aku memecahkan tempayan yang satu lagi ,maka munkinlah yang ditinggalkan itu menjadi kerana hatiku sendiri,lantaran itulah aku tinggalkan nya.”Lantas siraja berkata,”biarkanlah dia kerana dia didominir oleh satu kuasa yang luar biasa”
-selalulah menceritakan atau memperkatakan akan pentingnya ikhlas dalam amalan dan berdoa terhadap Allah supaya kita perolehi hakikat keikhlasan itu.
-(fadhilat zikr ms253-254)
Huzaifah r.a berkata bahawa apabila Rasul Allah s.a.w. tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas baginda sholat,sholat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t. Bersholat ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama besegera mencari rahmat Allah s.w.t. dan apabila rahmat Allah s.w.t. itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas bekas kesulitan itu tak akan ada lagi.
Memang ada banyak hadis mengenai amalan amalan Rasul Allah s.a.w seperti ini,demikian juga ada banyak amalan para shahabat yang mengikut amalan amalan nya yang hingga sekecil kecil nya pun.
Kata Abu Darda r.a “Apabila angin kencang meniup Rasul Allah s.a.w. segera masuk ke masjid dan baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersholat
Shohib r.a. telah diberitahu oleh Rasul Allah s.a.w. bahawa para Rasul Allah yang dulu dulu pun pernah bersholat juga semasa menghadapi kedurjanaan.
Sedang didalam satu perjalanan ibnu Abbas r.a.huma menerima berita kematian anak nya.beliau turun dari unta nya dan sholat 2 rakaat sambil berdoa beberapa lama dalam tasyahud.kemudian beliau mengucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”seraya berkata.”aku telah melaksanakan apa yang Allah s.wt. telah perintahkan ku melaksanakan nya di dalam kitab yak ni:
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;[Albaqarah ;45]
Satu lagi riwayat yang serupa di beritakan mengenai beliau ialah dalam satu perjalanan beliau telah menerima berita mengenai kematian saudaranya yang bernama Qusum r.a. Beliau turun dari unta nya lalu sholat 2 rakaat ditepi jalan serta berdoa beberapa lama dalam tasyahud.setelah selesai bersholat beliau tunggangi semula untanya sambil membaca ayat Quran yang berikut;
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;[Al baqarah:45]
A’bdullah ibni Salam r.a. menceritakan,apabila keluarga Rasul Allah s.a.w tertimpa sesuatu kesusahan rasul Allah s.a.w. akan memerintah mereka bersholat dan membaca ayat Quran yang berikut ini;
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.[tho ha ;132]
Dalam sebuah hadis ada tersebut bahawa apabila seseorang tersua dengan sesuatu hajat,sama ada mengenai kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat atau hajat itu mengenai Allah s.w.t atau hambanya.maka hendaklah dia mengambil whudu’ yang sempurna, sholat dua rakaat ,memuji Allah s.wt. dan menselawati Rasul s.a.w. selepas itu berdoa dengan membaca doa ini.
Laa ilaaha illa allahul halimul karim
subhanallahi robbil ‘arsyil ‘azim
alhamdu lillahi robbil ‘alamin
as aluka mujibaati rahmatika
wa’azaaa ima magfirotika
wal ghonimata min kulli birrin
was salamatan min kulli ismin
la tada’ lana zanban illa ghofartahu
wala hamman illa farrajtahu
wala hajatan hia laka redhon illa qodai taha
ya arhamurohimin.
ertinya;
Tak ada tuhan melainkan Allah yang maha pemaaf lagi maha pemurah
Maha suci Allah tuhan yang mempunyai a’ras yang besar
segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
Aku memohon kapad mu segala yang menyebabkan aku memperolehi rahmatmu dan keampunan mu,
dan memperolehi keuntungan dari segala kebajikan
dan kesejahteraan dari segala dosa
jangan lah engkau tinggalkan bagi ku akan sesuatu dosa
dengan tidak engkau mengampuni nya
dan sesuatu kegundahan dengan tidak engkau melapangkan nya
atau menghilangkan nya
dan sesuatu hajat yang engkau redhoi yang tidak engkau penuhi
terima lah wahai tuhan yang maha rahim.
Wahab bin Munabbah menulis,”mohonlah segala hajat mu agar di makbulkan.oleh Allah s.w.t. menerusi sholat.”kalau sesuatu bencana menimpa manusia dimasa dahulu,mereka lekas lekas pergi ke masjid mengerjakan sholat.
firman Allah;
أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).[An Naml ;62]
أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya[An Naml;63]
أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar “.[An Naml ;64]
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).[An Naml ;65]
Maksud sholat ialah:
Sholat yang dapat mencegah diri dari perbuatan fasad dan munkar,
Firman Allah
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.[Al angkabut;45]
Sholat that keeps one away from indecency and evil
-Bawa sifat ketaatan dalam sholat kadalam penghidupan.
Bring the quality of sholat into daily life.
Fhadilat atau kelebehan sholat;
-Sesungguh nya amal amal kebaikan (seperti sholat)akan menghapuskan dosa,
firman Allah;
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفاً مِّنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.[Hud;114]
verily good deeds take away evil deeds
-Orang yang mendirikan sholat Allah bertanggung jawab memasukan nya ka dalam syurga.
(Qatadah /hr Abu Daud & Ibnu Majah/fa)
A person who establish the sholah,Allah assures his entry to paradise
-Sesungguhnya beruntunglah orang beriman yang khusuk dalam sholah nya
firman Allah
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِين
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;[Al Mukmiminun;1-7]
Successful indeed are the believers,who are humble in their sholah
-Orang yang memelihara sholah nya, mereka akan kekal dalam syurga lagi di muliakan
firman Allah
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;[Al maarij;34]
Those who establish the sholah,shall be honoured in the paradise
-Kunci syurga adalah sholah,Kunci sholah adalah whudu’
(Jabir bin Abdullah/hr Ahmad Musnad 3-3250/19mh)
The key to paradise is sholah, key to sholah is whudu
-Barang siapa yang menjaga sholah nya,maka sholah nya akan menjadi nur,pembela dan keselamatan bagi nya di hari kiamat.
(Abdullah bin amri/hr Ahmad/thabrani/Majmauz Zawa’id 2-21/19mh)
One who establish his sholah,it will become the light,an argument in his favour and a means of his salvation(safeguard him)on the day of kiamah
Cara untuk mendapat kan hakikat sholat ;
-Sholah dengan yakin ianya adalah perentah Allah
Believe that sholah is the command of Allah.
-Dirikan sholah cara Sunnah-seperti sholah berjemaah di masjid
sholah following the way of sunnah
-sholah dengan khusuk-Yakin Allah hadhir
sholah in khusuk -believe Allah is seeing
-Sholah dengan tahu nilai sholah
sholah with knowledge of virtues
-Sholah dengan ikhlas
sholah with sincerity
-Banyakkan sholah sholah sunat
perform the sholah nafilah
-dakwah manusia pada sholah
Invite others to establish sholah
Doa..
KEPERLUAN2 SHOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLEH AHLI-AHLI SUFI
Ahli-ahli sufi menulis ada 12 ribu fhadilat yang dapat dicapai dalam sholat melalui 12 perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafa’at yang penuh dari sholat nya dia mestilah jaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.
Perkara perkara itu adalah seperti berikut:
1. Ilmu: Seseuatu ibadat yang di’amalkan tanpa ‘ilmu amatlah rendah mutu nya dari ibadat2 yang dilakukan dengan cukup ‘ilmu.oleh itu kita mestilah tahu;
(a)Yang mana kah dari amalan amalan itu yang fardhu dan yang sunat;
(b)Apakah yang fardhu dan apakah yang sunat dalam whudo’ dan Sholat;
(c)Bagaimanakah syaitan itu menghalang dalam sholat;
2. Whudo’ : Kita mestilah cuba:-
(a) Membersehkan hati kita dari hasad dan dengki seperti mana kita memberseh kan anggota-anggota badan kita yang lain-lain;
(b) Menjaga diri kita agar berseh dari dosa;
(c) Supaya jangan membazir dalam menggunakan air;
3. Pakaian: Pakain kita hendaklah:-
(a) Yang diperolehi dari sumber yang halal;
(b) Yang berseh;
(c) menurut sunnah yakni mata kai (buku lali ) jangan ditutup;
(d) sederhana dan jangan yang – boleh menunjukan sifat pelagak dan pemegah;
4. Waktu: Kita hendaklah boleh:-
(a) memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa;
(b) berwaspada akan azan setiap ketika;
(c) menitik beratkan waktu sholat kerana takut kalau-kalau terlambat
5. Qiblat: Ada tiga perkara yang mesti dipastikan semasa mengadap Qiblat:-
(a) Kita hendaklah mengadap Qiglat dengan jasad;
(b) hati mestilah selalu mengingati Allah kerana Qiblat hati ialah Allah
(c) Ta’atilah Allah seperti mana hamba menta’ati tuan nya;
6. Niat: Untuk ini kita perlukan perkara-perkara yang berikut ini yang mestilah dititik beratkan:-
(a) Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin akan sholat yang hendak ditunaikan;
(b) kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang mengadap Allah yang melihati kita;
(c) kita hendaklah yakin dengan sebenar benar yakin yang Allah s.w.t mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita;
7. Takbir tahrima: Keperluan takbir tahrima adalah:-
(a) Lafaz-lafaz nya hendakalah dilafaz dengan betul;
(b) Kedua-dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ketelinga.Ini menandakan bahawa kita sudah putuskan segala hubungan kita dengan segala-galanya kecuali Allah s.w.t.
(c) Kebesaran Allah s.w.t terasa didalam hati semasa melafaz “Allahu Akbar”.
8. Qiyam : Semasa Qiyam kita hendaklah :-
(a) Pandang ka tempat sujud;
(b) Rasa didalam hati bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah s.w.t;
(c) jangan ingat apa-apa;
9. Qara’at: Keperluan-keperluan Qara’at adalah:-
(a) membaca Qur’an dengan tajweednya;
(b) memikiri makna ayat-ayat yang dibaca;
(c) cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya;
10. Ruku’: keperluan-keperluan ruku’ adalah:-
(a) belakang kita mestilah lurus yakni seluruh badan atas dari kaki hendaklah lurus seperti satu garisan;
(b) lutut dipegang kukuh-kukuh dengan jari-jari direnggangkan;
(c) mengucap tasbih dengan penuh tawadhu’ dan kusyu’.
11. sujud : Keperluan-keperluan sujud adalah :-
(a) tangan diletak dekat dengan telinga;
(b) siku ditinggikan dari bumi;
(c) mengucap tasbih dengan penuh kyusu’;
12.Qaadah : Keperluan-keperluan Qaadah adalah :-
(a) duduk diatas kaki kiri sedang kaki kanan ditegakkan;
(b) mengucap tasyahud dengan khusyu’ serta mengingati makna nya kerana iamengandungi selawat atas Rasulullah s.a.w serta doa bagi saudara-saudara kita orang islam;
(c) menganggap salam sebagai ucapan salam kepada malaikat-malaikat juga kepada orang disebelah kanan dan kiri.
Sabagaimana yang telah dikatakan ikhlas adalah intisari bagi segala perkara maka ia menghendaki kita agar :-
(a) bersholat semata-mata mencapai keredhaan Allah s.w.t ;
(b) memahami hanya dengan rahmat dan rahim nya saja kita dapat bersholat;
(c) mengharap pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t .
Makna-makna lafaz dalam sholat.
Sholat adalah satu ‘amalan yang paling bahagia dan berkat.Setiap lafaznya mansifatkan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t .Iftitah yakni doa pembukaan sholat mengandungi erti yang paling sholeh lagi berbakti;
Jemala kita yang kita anggapa bahagian yang paling utama dalam tubuh kita dan mata,telinga,hidung dan lidah diletak diatas tanah didepan NYA dengan harapan bahawa DIA akan menunjukkan RahimNya serta menganugerahkan RahmatNYA keatas kita. berdiri dengan tangan kita berQiyam didepan NYA adal menunjukkan kehinaan kita kapadaNYA.Ini diperkuatkan lagi dengan kepala kita di tundukkan semasa ruku’ dan puncaknya tercapai apabila kita meletakkan jemala kita itu diatas tanah didepanNya .Sebenarnya keseluruhan sholat adalah tanda kehinaan dan kerendahan diri dan dari itu ia adalah satu cara kegairahan rohani.Semoga Allah s.w.t dengan limpah RahimNya menggerakkan daku dan sekelian orang islam mendirikan sholat yang demikian itu. Amin!

