Archive for the ‘kebesaran Allah’ Category

Maksud:

-Allah itu robb semesta alam,

رَبِّ الْعَالَمِينَ

yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

[Surah Al- Faatihah:ayat 2 ]

Yang maha berkuasa

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِي

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:” Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”[zukhruuf: 9]

Pencipta langit dan bumi

قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُّسَـمًّى قَالُواْ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا تُرِيدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَآؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.[Ibrahim ayat:10]

Pemberi rezeki

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).[Huud: 6]

Hanya Allah yang layak disembah dan ditaati

وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِي

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[Baqarah :63]

شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[Imran :18]

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”.[Al Anbiyaa:25]

Allah is the Lord of the universe,the obsolute power,the creator of heaven and earth,the provider.Worship and obey only to Allah.

-Makhlok tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Creations have no capability to act unless with permissions of Allah

-Hanya Sunnah Rasul s.a.w saja bawa kejayaan untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Practice of sunnah Rasul s.a.w bring success in this life and hereafter

Fadhilat atau kelebehan:

-Orang yang ucap kalima dengan ikhlas dan tiada syirik pada Allah,

dapat keampunan dari Allah,Haram dari api Neraka dan jaminan masuk Syurga.

(ya’la bin shaddad/hr Ahmad,Thabrani,al Bazzar/sohih/6mh),

(Abu Zar/hr Bukhari/sohih/5827/7mh)

(Muaz bin Jabal/hr Ahmad/5-229/50mh)

(Anas bin Mlaik/hr Bukhari/sohih/128 & 7510/51mh)

(Umar/hr Hakim/ sohih/adz Zahabi/1-72/54mh)

(Abu Darda/1-56 sohih /58/mh)

(Itban bin Malik/hr Bukhari/sohih/6243/60mh)

(Jabir bin Abdullah/hr Muslim/sohih/270/63mh)

A person who sincerely recite the kalima,no syirik to Allah,will be pardoned by Allah,saved from hell fire and assured entry to paradise

-Akan keluar dari Neraka orang yang pernah ucap kalima Iman dan dalam hati nya ada iman seberat debu

(Anas/hr Bukhari/sohih/7410/12mh)

(Anas/hr Bukhari/sohih/750/17mh)

One who had said the kalima and having the faith,the weight of dust,shall leave the hell fire

-Dengan syafaat Nabi s.a.w. Allah akan keluarkan dari neraka orang yang ada iman sebesar debu,

(Anas bin Malik/hr Bukhari/sohih/7510/153mh)

By the syafaat of Nabi s.a.w ,Allah will release the ummah from hellfire those who had recited the kalima iman and having spec of faith in the heart.

-orang yang ikut Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. tidak akan sesat selama lama naya

(hr Imam Malik/Al Muwaththa/sohih/702/102mh)

A person who adhere to the Quran and Sunnah Nabi s.a.w. shall never be astrayed.

-Orang yang hidupkan Sunnah Nabi S.a.w.ia cinta pada Nabi,Orang yang cinta Nabi,ia akan bersama Nabi dalam Syurga.

(Anas bin Malik/hr Tirmidzi/hassan/2678/99mh)

A person who practice the Sunnah of the prophet s.a.w ,loves the prophet,the person who loves the prophet,will accompany the prophet in paradise.

-Sesiapa yang taat pada Allah dan Rasul nya..

-maka mereka lah yang memperolehi kemenangan

-telah berjaya mencapai sebesar besar kejayaan

-mereka akan ditempat kan di syurga bersama orang yang telah diberikan nekmat oleh Allah

-Akan dimasukan oleh Allah ka dalam syurga

-Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun pahala dari amalan.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[Annur:52]

يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً

Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.[Al Ahzab:71]

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).[An Nisa:69]

لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَاباً أَلِيماً

Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.[Al Fath:17]

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)[Al Hujurat:14]

He who obeys Allah and his Mesengger,…

-these it is that are the archievers

-he indeed achieves a mighty success

-these are with those upon whom Allah has bestowed favors

-He will couse him to enter gardens

-He will not diminish your deeds

Orang yang ikut Nabi s.a.w. Allah akan cintainya dan ampuni dosanya.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[Al Imran:31]

One who follows prophet s.a.w. Allah will love him and forgive his sins.

Cara untuk mendapatkan hakikat iman

-Amalkan ibu sunnah-Dakwah manusia kapada Allah

-sampaikan mahfom kalima

-seru pada yang makrof dan cegah yang munkar

-Jangan lupa berdoa mohon dari Allah agar mendapat hakikat iman yang sejati.

practice the prime sunnah-call people to Allah

-convey the meaning of kalima iman

-invite to good deeds and forbid the evils

Laa ilaaha illal laah

Allah yang berkuasa mencipta segala makhlok

Allah cipta setiap atom yang kecil sehungga seluruh alam yang sangat luas,

Allah cipta seluruh mahklok di langit,bumi dan lautan dengan sempurna

Tiada makhlok yang boleh mencipta,Allah ialah pencipta yang tunggal

Allah yang berkuasa menghidupkan

Allah menghidupkan malaikat,jin,manusia dan haiwan

Ciptaan Allah itu sempurna ikut kehendak Allah,boleh membiak,bekerja dan berfikir

Tiada makhlok boleh menghidupkan

Allah yang berkuasa mentadbir seluruh ciptaan setiap masa

Allah yang menjaga seimbangan dalam setiap atom,dalam setiap ciptaan,

Pada setiap saat dari kehancuran dan kebinasaan

Jika pentadbiran Allah tidak jitu,tepat dan imbang,seluruh alam telah pun binasa

Makhlok tiada berkuasa mentadbir,kecuali dengan izin Allah

Allah yang berkuasa beri rezeki pada setiap makhlok dari dahulu dan selama lama nya,

Makhlok dilangit,dibumi,dilautan hidup dengan kadar rezeki yang Allah tentukan

Jika Allah tahan rezeki,ia pasti menemui ajalnya

Tiada makhlok boleh beri rezeki

Allah yang berkuasa berikan menafaat atau mudharat

Allah turunkan hujan untuk hidupkan tanaman dan haiwan,atau bah yang membinasakan

Allah tiupkan angin untuk kapal yang belayar dengan selamat,atau taufan yang membinasakan

Makhlok tiada daya upaya untuk berikan kebaikan atau bahaya kecuali dengan izin Allah

Allah yang berkuasa memuliakan atau menghinakan

Dengan harta,Nabi Yusuf buat kebajikan Allah muliakan dia

Tetapi Karun kufur, Allah hinakan dia

Dengan kuasa,Nabi Sulaiman berlaku adil,Allah muliakan dia

Tetapi Namrud kufur,Allah hina kan dia

Harta dan kuasa tidakdapat beri kemulian,Kemuliaan hanya dari Allah

Allah yang berkuasa tentukan permulaan hingga kesudahan setiap makhloknya

Didunia,semua makhlok pasti bertemu dengan maut

Jin dan manusia akan kembali ka akhirat untuk dapat balasan amalan masing masing

Allah yang merancang,hukum Allah saja yang berkesan

Allah yang berkuasa beri keselamatan dan pertolongan

Allah perintah api supaya sejuk sejahtera bagi Nabi Ibrahim

Allah perintah laut jadi lorong untuk selamatkan Nabi Musa

Raja Namrud di tahta kerajaan, Allah Binasakan nya dengan nyamuk

Kaum thamud dalam bangunan batu,Allah binasa kan mereka dengan bunyi

Mahklok tiada kuasa,Allah yang maha kuasa

Laa ilahaa illal laah
Muham madur Rasulullaah

KEPERLUAN2 SHOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLEH AHLI-AHLI SUFI

Ahli-ahli sufi menulis ada 12 ribu fhadilat yang dapat dicapai dalam sholat melalui 12 perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafa’at yang penuh dari sholat nya dia mestilah jaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.
Perkara perkara itu adalah seperti berikut:

1. Ilmu: Seseuatu ibadat yang di’amalkan tanpa ‘ilmu amatlah rendah mutu nya dari ibadat2 yang dilakukan dengan cukup ‘ilmu.oleh itu kita mestilah tahu;

(a)Yang mana kah dari amalan amalan itu yang fardhu dan yang sunat;
(b)Apakah yang fardhu dan apakah yang sunat dalam whudo’ dan Sholat;
(c)Bagaimanakah syaitan itu menghalang dalam sholat;

2. Whudo’ : Kita mestilah cuba:-

(a) Membersehkan hati kita dari hasad dan dengki seperti mana kita memberseh kan anggota-anggota badan kita yang lain-lain;
(b) Menjaga diri kita agar berseh dari dosa;
(c) Supaya jangan membazir dalam menggunakan air;

3. Pakaian: Pakain kita hendaklah:-

(a) Yang diperolehi dari sumber yang halal;
(b) Yang berseh;
(c) menurut sunnah yakni mata kai (buku lali ) jangan ditutup;
(d) sederhana dan jangan yang – boleh menunjukan sifat pelagak dan pemegah;

4. Waktu: Kita hendaklah boleh:-

(a) memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa;
(b) berwaspada akan azan setiap ketika;
(c) menitik beratkan waktu sholat kerana takut kalau-kalau terlambat

5. Qiblat: Ada tiga perkara yang mesti dipastikan semasa mengadap Qiblat:-

(a) Kita hendaklah mengadap Qiglat dengan jasad;
(b) hati mestilah selalu mengingati Allah kerana Qiblat hati ialah Allah
(c) Ta’atilah Allah seperti mana hamba menta’ati tuan nya;

6. Niat: Untuk ini kita perlukan perkara-perkara yang berikut ini yang mestilah dititik beratkan:-

(a) Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin akan sholat yang hendak ditunaikan;
(b) kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang mengadap Allah yang melihati kita;
(c) kita hendaklah yakin dengan sebenar benar yakin yang Allah s.w.t mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita;

7. Takbir tahrima: Keperluan takbir tahrima adalah:-

(a) Lafaz-lafaz nya hendakalah dilafaz dengan betul;
(b) Kedua-dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ketelinga.Ini menandakan bahawa kita sudah putuskan segala hubungan kita dengan segala-galanya kecuali Allah s.w.t.
(c) Kebesaran Allah s.w.t terasa didalam hati semasa melafaz “Allahu Akbar”.

8.  Qiyam : Semasa Qiyam kita hendaklah :-

(a) Pandang ka tempat sujud;
(b) Rasa didalam hati bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah s.w.t;
(c) jangan ingat apa-apa;

9. Qara’at: Keperluan-keperluan Qara’at adalah:-

(a) membaca Qur’an dengan tajweednya;
(b) memikiri makna ayat-ayat yang dibaca;
(c) cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya;

10. Ruku’: keperluan-keperluan ruku’ adalah:-

(a) belakang kita mestilah lurus yakni seluruh badan atas dari kaki hendaklah lurus seperti satu garisan;
(b) lutut dipegang kukuh-kukuh dengan jari-jari direnggangkan;
(c) mengucap tasbih dengan penuh tawadhu’ dan kusyu’.

11. sujud : Keperluan-keperluan sujud adalah :-

(a) tangan diletak dekat dengan telinga;
(b) siku ditinggikan dari bumi;
(c) mengucap tasbih dengan penuh kyusu’;

12.Qaadah : Keperluan-keperluan Qaadah adalah :-

(a) duduk diatas kaki kiri sedang kaki kanan ditegakkan;
(b) mengucap tasyahud dengan khusyu’ serta mengingati makna nya kerana iamengandungi selawat atas Rasulullah s.a.w  serta doa bagi saudara-saudara kita orang islam;
(c) menganggap salam sebagai ucapan salam kepada malaikat-malaikat juga kepada orang disebelah kanan dan kiri.

Sabagaimana yang telah dikatakan ikhlas adalah intisari bagi segala perkara maka ia menghendaki kita agar :-

(a) bersholat semata-mata mencapai keredhaan Allah s.w.t ;
(b) memahami hanya dengan rahmat dan rahim nya saja kita dapat bersholat;
(c) mengharap pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t .

Makna-makna lafaz dalam sholat.

Sholat adalah satu ‘amalan yang paling bahagia dan berkat.Setiap lafaznya mansifatkan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t .Iftitah yakni doa pembukaan sholat mengandungi erti yang paling sholeh lagi berbakti;
Jemala kita yang kita anggapa bahagian yang paling utama dalam tubuh kita dan mata,telinga,hidung dan lidah diletak diatas tanah didepan NYA dengan harapan bahawa DIA akan menunjukkan RahimNya serta menganugerahkan RahmatNYA keatas kita. berdiri dengan tangan kita berQiyam didepan NYA adal menunjukkan kehinaan kita kapadaNYA.Ini diperkuatkan lagi dengan kepala kita di tundukkan semasa ruku’ dan puncaknya tercapai apabila kita meletakkan jemala kita itu diatas tanah didepanNya .Sebenarnya keseluruhan sholat adalah tanda kehinaan dan kerendahan diri dan dari itu ia adalah satu cara kegairahan rohani.Semoga Allah s.w.t dengan limpah RahimNya menggerakkan daku dan sekelian orang islam mendirikan sholat yang demikian itu. Amin!

Kebesaran Allah,

Perbualan antara saya bersama sahabat saya.masa tu kami berada di Yan ,Kedah.

Seingat saya disana banyak kebun durian,masa itu dia kata dalam hutan di sekitar bukit disana tentu banyak binatang buas,dan  yang mengerunkan ialah harimau.

Dia berkata lagi “cuba fikir sejenak” ..”antara bukit dan kampung bukanlah jauh sangat”.

Di Yan ada juga pekan kalau tak silap saya, kerana perbualan ini telah lama berlaku, seingat saya masa itu tahun 1985 .saya bersama rakan2 yang lain berada disana.

Sambung pada perbualan tadi …”ya kalau kita fikir binatang buas yang dikatakan tadi ada banyakjuga” ..”kata lah dia bebas keluar masuk” ,”hutan ka kampung yang berdekatan atau ka pekan berhampiran”,bukanlah sang belang sahaja ada gajah dan binatang buas yang lain mereka bebas keluar masuk atau pun kesemua nya keluar dari hutan datang kakampung dan juga pekan berhampiran.

Memang akan timbul masaalah,tetapi mereka yakni binatang buas tersebut seperti ditahan sesuatu,ada kuasa yang menahan nya katanya “itulah Allah yang maha berkuasa menahan atau melepaskan ,semua perkara tertakluk di bawah pengusaan nya”.

Bila diceritakan hal ini saya teringat Allahyarham mertua saya bila saya balik dan berjumpa dengan beliau dia akan berkata perkataan yang selalu diulang ulang bila saya bertemu dan berbual dengannya.apa kata nya ,”Sebagai maknusia katanya kita mestilah mengetahui ,siapakah diri kita yang sebenar nya ,datang dari mana,dan akan kembali kamana.yang kita tinggalkan adalah tanah ,yang akan kembali adalah yang sebenar benar diri”
Jadi betullah apa yang diulangi para Ustaz  melalui syarahan mereka di masjid dan surau.Iaitu satu masa dulu di alam roh atau pun dialam arwah, Allah telah menghimpunkan kesemua roh dan bertanya “Adakah aku ini tuhan kamu,semua sekali termasuk saya dan juga anda telah menjawab” Bah kan” dan perkara ini kita boleh rujuk kapada al-quran karim surah apa dan ayat yang keberapa itu kita akan mencarinya.

Bagi memastikanpersoalan ini.kenapa kita menjawab bahkan(“benar Ya Allah”).

Jawapan kepada”pertanyaan Allah swt “adakah aku ini tuhan kamu”.kerana pada masa itu kita semua telah melihat sendiri akan kebesaran serta keagungan Allah dan mengetahui benar-benar Allah lah yang memberi rezeki,Allah lah yang memelihara,segala kekuasaan dan kekuatan adalah milik Allah s.w.t. dan atas jawapan itu kita maknusia dan juga jin dihantar kedunia ini untuk memeriksa atau menguji adakah benar akan jawapan yang kita beri satu masa dahulu.

Malang nya kebanyakan dari kita telah gagal, kerana apa?,kerana.. didunia ada keperluan bekeluarga,beranak pinak, makan dan minum ,pencarian dan hasil pencarian,ada yang berkedai,ada yang bertani,ada yang bekerja mengambil upah. Jadi perkara perkara-perkara ini telah banyak melupakan maknusia itu, dengan apa yang pernah dilafazkan nya satu masa dahulu.
Memang maknusia dijadi kan bersifat lemah(An-Nissa’ 28) segala gala nya terbatas,penglihatan terbatas kita tidak dapat melihat disebalik dinding dan kita tidak mengetahui apa yang berlaku disebalik dinding itu ,pendegaran terbatas kita hanya boleh mendengar suara yang jarak nya dekat,itu pun dari satu arah sekira nya suara-suara  dari suara yang banyak kita pun tidakmemahami nya.Dengan sebab itu lah maknusia berkata kalau tak ada kerja macam mana nak makan,kalau tak ada itu,kalau aku tak buat ,kalau.. perkataan kalau ini memang nya merosakan atau pun menidakkan apa yang telah maknusia lafaz kan satu masa dahulu. Iaitu di depan robbil a’lamin.
Jadi,maknusia telah gagal…Ini bukan lah gagal kali pertama ,malah maknusia juga gagal diujian permulaan iaitu dirahim ibu(alam rahim)dengan berangapan tali pusat ibu lah yang membuat maknusia dapat bertahan selama sembilan bulan 10 hari.
Namun Allah s.w.t yang maha pengaseh tidak lah membiarkan Maknusia itu terkapai kapai tanpa tujuan. Allah telah menghantar pilihan nya iaitu Nabi Nabi dan Rasul Rasul dari masa kasamasa, tujuan supaya maknusia dapat berfikir serta mengingati dari mana Ia datang ,buat apa sekarang ,dan kemana hendak dituju nya (Saya tidak mahu dianggap berceloteh atau mengkesahkan kesah2 yang tidak benar).Anda cari lah guru ugama yang mendapat petunjuk dari tuhan mereka, dan pelajari lah lah secara mendalam ilmu iman Ilmu agama supaya sedar yang tulisan saya bukan lah sebagai angan2 atau cerita kosong bagi tujuan memenuhkan masa.Dan bergaulah dengan orang Alim sebagaimana sabda nabi saw rakan yang sebenar adalah apabila kamu pandang kamu akan teringat akan Allah dan apabila mendengar percakapan nya pengetahuan kamu mengenai ugama bertambah dan akan mengingatkan kamu kepada penghidupan akhirat,

Dan sebagaimana yang termaklum adalah Allah penyuruh kita berfikir tentag kebesaran nya dan seterus nya memohon dari nya keampunan seperti yang Allah swt firman kan:

“sesungguh nya pada kejadian langit dan bumi akan nampak tanda2 kebesaran Allah .itu pun untuk orang yang mengunakan akal nya (hingga akhir ayat)” .*Al-Imran 173.

Dan sering lah bercakap mengenai kebesaran Allah,melihat tanda kebesaran Allah berfikir tentang kebesaran Allah dan akhir nya takdapat tidak kita kena lakukan atau kita mesti lakukan ia lah dengan berdoa bersungguh sungguh agar Allah mengurniakan/menambah dan memperbaiki Iman kita masing masing.. Amin.

AmalanMalam

addukhan
 
Tabarokallazi

Istimak2009

Assalamualaikum

Ini ada rakaman audio tentang bayan (penerangan dari Maulana)Yang berlangsung selama 3 hari di ijtimak Nilai pada 10,11,12/09/2009 tempoh hari ,sesiapa yang tak berkesempatan boleh lah mendengar disini.

Terjemahan-bayan-magrib-maulana-mohamad-lat-9.7.2009

Bayan Suboh 10.9.09 Maulana Saad di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib[selepas ijtimak] Maulana Saad [12.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan hidayat Maulana Saad 12.7.09 di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib Maulana Saad [11.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

ps~hati hati ada popup,ma'alumlah saya menggunakan web percuma !!
Terima kaseh
MariBertaranum

Mari bertaranum 1
 
Mari bertaranum 2
 
Mari bertaranum 3
 
Mari bertaranum 4


Tulisan yang lepas
September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

segala pertanyaan alamat kan kapada
infougama@wangkita.com