Archive for the ‘Iman’ Category
Maksud ikhlas niat :
-Amal hanya untuk dapatkan keredhoan Allah
All practices purely to seek the pleasure of Allah
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.[Al Baqarah :271]
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.[Al Baqarah:274]
Didalam kedua2 ayat ini telah di puji pemberian sedekah secara sembunyi dan juga dengan cara terang terangan.dalam banyak hadith ada ayat2 Quran ‘riya yakni amalan untuk menunjuk nunjukkan kapada orang.Telah di cela dan telah diberitahu sebagai syirik dan bahwa dengan segala kebajikan itu akan terhapus dan dosa pula diperolehi.Oleh itu kenalah kita fahami amalan untuk menunjuk nunjuk kapada orang adalah satu perkara lain.Tidak semestinya satu amalan yang dilakukan terang terangan itu menjadi riya;Bahkan riya adalah satu amaln yang dilakukan untuk kebesaran diri,kerana kemasyuran diri,dan untuk menzahirkan kesempurnaan diri sendiri.dan untuk menghasilkan kemuliaan untuk diri sendiri.
-Sesungguh nya Allah tidak menerima satu satu amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas
(Abu Amamah/ hr Nasai 3142/ 11mh)
(Anas bin Malik/ hr Thabrani/ sohih 10-635/ 57mh)
Periksa Niat;
Sesungguhnya keikhlasan itu saja yang di pentingkan disisi Allah s.w.t. amalan-amalan manusia akan di nilai menurut keikhlasan mereka masing masing.Menurut tinjauan ulama ulama taksir hakikat keikhlasan itu ialh supaya perbicaran manusia dapat disesuaikan dengan amalan nya.Di terangkan dalam sabuah hadith bahawa yang menegah manusia itu daripada melakukan kemaksiatan itulah keikhlasan yang sebenarnya.
Dalam kitab bahjatul Nufus ada di ceritakan bahwa ada seorang raja yang paling zalim lagi kejam.Ada sekali dibawa minuman keras untuk raja itu dengan sebuah kapal.Dengan tak semena mena muncul lah seorang hamba Allah dikapal itu,lantas ia memecah kan tempayan2 yang berisi minuman2 keras itu. Hanya satu tempayan saja ditinggalkan nya.Dikapal itu tiada saorang pun yang berani menegah perbuatan nya itu.Orang ramai yang berada dikapal itu teperanjat benar manakala peristiwa itu berlaku kerana bimbangkan kekejaman dan kezaliman raja itu.”sungguh berani orang itu berbuat demikian., kata mereka.peristiwa itu disampaikan kapada raja tadi.pada mula mulanya raja turut teperanjat kerana perbuatan yang ganjil itu,katanya “mengapa ia berani berbuat demikian?”jawab nya,Aku bertindak demikian kerana desakan hatiku.Jika aku bersalah perbuatlah terhadap hamba ini apa saja yang kamu suka.”lalu ditanya kembali kepada nya, “baiklah kalau begitu kenapa kamu tinggalkan yang satu tempayan ini?’ ia menjawab “dahulu aku memecahkan tempayan2 yang berisi minuman keras itu kerana desakan kegairahan terhadap ugama islam, kemudian apabila tinggal hanya satu saja maka hati ku menjadi gembira dan bangga kerana aku berjaya membasmi perbuatan yang keji itu,kini jika aku memecahkan tempayan yang satu lagi ,maka munkinlah yang ditinggalkan itu menjadi kerana hatiku sendiri,lantaran itulah aku tinggalkan nya.”Lantas siraja berkata,”biarkanlah dia kerana dia didominir oleh satu kuasa yang luar biasa”
-selalulah menceritakan atau memperkatakan akan pentingnya ikhlas dalam amalan dan berdoa terhadap Allah supaya kita perolehi hakikat keikhlasan itu.
-(fadhilat zikr ms253-254)
Maksud:
-Allah itu robb semesta alam,
رَبِّ الْعَالَمِينَ
yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
[Surah Al- Faatihah:ayat 2 ]
Yang maha berkuasa
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِي
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:” Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”[zukhruuf: 9]
Pencipta langit dan bumi
قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُّسَـمًّى قَالُواْ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا تُرِيدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَآؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ
Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.[Ibrahim ayat:10]
Pemberi rezeki
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).[Huud: 6]
Hanya Allah yang layak disembah dan ditaati
وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِي
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[Baqarah :63]
شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[Imran :18]
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”.[Al Anbiyaa:25]
Allah is the Lord of the universe,the obsolute power,the creator of heaven and earth,the provider.Worship and obey only to Allah.
-Makhlok tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
Creations have no capability to act unless with permissions of Allah
-Hanya Sunnah Rasul s.a.w saja bawa kejayaan untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Practice of sunnah Rasul s.a.w bring success in this life and hereafter
Fadhilat atau kelebehan:
-Orang yang ucap kalima dengan ikhlas dan tiada syirik pada Allah,
dapat keampunan dari Allah,Haram dari api Neraka dan jaminan masuk Syurga.
(ya’la bin shaddad/hr Ahmad,Thabrani,al Bazzar/sohih/6mh),
(Abu Zar/hr Bukhari/sohih/5827/7mh)
(Muaz bin Jabal/hr Ahmad/5-229/50mh)
(Anas bin Mlaik/hr Bukhari/sohih/128 & 7510/51mh)
(Umar/hr Hakim/ sohih/adz Zahabi/1-72/54mh)
(Abu Darda/1-56 sohih /58/mh)
(Itban bin Malik/hr Bukhari/sohih/6243/60mh)
(Jabir bin Abdullah/hr Muslim/sohih/270/63mh)
A person who sincerely recite the kalima,no syirik to Allah,will be pardoned by Allah,saved from hell fire and assured entry to paradise
-Akan keluar dari Neraka orang yang pernah ucap kalima Iman dan dalam hati nya ada iman seberat debu
(Anas/hr Bukhari/sohih/7410/12mh)
(Anas/hr Bukhari/sohih/750/17mh)
One who had said the kalima and having the faith,the weight of dust,shall leave the hell fire
-Dengan syafaat Nabi s.a.w. Allah akan keluarkan dari neraka orang yang ada iman sebesar debu,
(Anas bin Malik/hr Bukhari/sohih/7510/153mh)
By the syafaat of Nabi s.a.w ,Allah will release the ummah from hellfire those who had recited the kalima iman and having spec of faith in the heart.
-orang yang ikut Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. tidak akan sesat selama lama naya
(hr Imam Malik/Al Muwaththa/sohih/702/102mh)
A person who adhere to the Quran and Sunnah Nabi s.a.w. shall never be astrayed.
-Orang yang hidupkan Sunnah Nabi S.a.w.ia cinta pada Nabi,Orang yang cinta Nabi,ia akan bersama Nabi dalam Syurga.
(Anas bin Malik/hr Tirmidzi/hassan/2678/99mh)
A person who practice the Sunnah of the prophet s.a.w ,loves the prophet,the person who loves the prophet,will accompany the prophet in paradise.
-Sesiapa yang taat pada Allah dan Rasul nya..
-maka mereka lah yang memperolehi kemenangan
-telah berjaya mencapai sebesar besar kejayaan
-mereka akan ditempat kan di syurga bersama orang yang telah diberikan nekmat oleh Allah
-Akan dimasukan oleh Allah ka dalam syurga
-Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun pahala dari amalan.
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[Annur:52]
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.[Al Ahzab:71]
وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).[An Nisa:69]
لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَاباً أَلِيماً
Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.[Al Fath:17]
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)[Al Hujurat:14]
He who obeys Allah and his Mesengger,…
-these it is that are the archievers
-he indeed achieves a mighty success
-these are with those upon whom Allah has bestowed favors
-He will couse him to enter gardens
-He will not diminish your deeds
Orang yang ikut Nabi s.a.w. Allah akan cintainya dan ampuni dosanya.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[Al Imran:31]
One who follows prophet s.a.w. Allah will love him and forgive his sins.
Cara untuk mendapatkan hakikat iman
-Amalkan ibu sunnah-Dakwah manusia kapada Allah
-sampaikan mahfom kalima
-seru pada yang makrof dan cegah yang munkar
-Jangan lupa berdoa mohon dari Allah agar mendapat hakikat iman yang sejati.
practice the prime sunnah-call people to Allah
-convey the meaning of kalima iman
-invite to good deeds and forbid the evils
Laa ilaaha illal laah
Allah yang berkuasa mencipta segala makhlok
Allah cipta setiap atom yang kecil sehungga seluruh alam yang sangat luas,
Allah cipta seluruh mahklok di langit,bumi dan lautan dengan sempurna
Tiada makhlok yang boleh mencipta,Allah ialah pencipta yang tunggal
Allah yang berkuasa menghidupkan
Allah menghidupkan malaikat,jin,manusia dan haiwan
Ciptaan Allah itu sempurna ikut kehendak Allah,boleh membiak,bekerja dan berfikir
Tiada makhlok boleh menghidupkan
Allah yang berkuasa mentadbir seluruh ciptaan setiap masa
Allah yang menjaga seimbangan dalam setiap atom,dalam setiap ciptaan,
Pada setiap saat dari kehancuran dan kebinasaan
Jika pentadbiran Allah tidak jitu,tepat dan imbang,seluruh alam telah pun binasa
Makhlok tiada berkuasa mentadbir,kecuali dengan izin Allah
Allah yang berkuasa beri rezeki pada setiap makhlok dari dahulu dan selama lama nya,
Makhlok dilangit,dibumi,dilautan hidup dengan kadar rezeki yang Allah tentukan
Jika Allah tahan rezeki,ia pasti menemui ajalnya
Tiada makhlok boleh beri rezeki
Allah yang berkuasa berikan menafaat atau mudharat
Allah turunkan hujan untuk hidupkan tanaman dan haiwan,atau bah yang membinasakan
Allah tiupkan angin untuk kapal yang belayar dengan selamat,atau taufan yang membinasakan
Makhlok tiada daya upaya untuk berikan kebaikan atau bahaya kecuali dengan izin Allah
Allah yang berkuasa memuliakan atau menghinakan
Dengan harta,Nabi Yusuf buat kebajikan Allah muliakan dia
Tetapi Karun kufur, Allah hinakan dia
Dengan kuasa,Nabi Sulaiman berlaku adil,Allah muliakan dia
Tetapi Namrud kufur,Allah hina kan dia
Harta dan kuasa tidakdapat beri kemulian,Kemuliaan hanya dari Allah
Allah yang berkuasa tentukan permulaan hingga kesudahan setiap makhloknya
Didunia,semua makhlok pasti bertemu dengan maut
Jin dan manusia akan kembali ka akhirat untuk dapat balasan amalan masing masing
Allah yang merancang,hukum Allah saja yang berkesan
Allah yang berkuasa beri keselamatan dan pertolongan
Allah perintah api supaya sejuk sejahtera bagi Nabi Ibrahim
Allah perintah laut jadi lorong untuk selamatkan Nabi Musa
Raja Namrud di tahta kerajaan, Allah Binasakan nya dengan nyamuk
Kaum thamud dalam bangunan batu,Allah binasa kan mereka dengan bunyi
Mahklok tiada kuasa,Allah yang maha kuasa
Laa ilahaa illal laah
Muham madur Rasulullaah
KEPERLUAN2 SHOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN OLEH AHLI-AHLI SUFI
Ahli-ahli sufi menulis ada 12 ribu fhadilat yang dapat dicapai dalam sholat melalui 12 perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafa’at yang penuh dari sholat nya dia mestilah jaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.
Perkara perkara itu adalah seperti berikut:
1. Ilmu: Seseuatu ibadat yang di’amalkan tanpa ‘ilmu amatlah rendah mutu nya dari ibadat2 yang dilakukan dengan cukup ‘ilmu.oleh itu kita mestilah tahu;
(a)Yang mana kah dari amalan amalan itu yang fardhu dan yang sunat;
(b)Apakah yang fardhu dan apakah yang sunat dalam whudo’ dan Sholat;
(c)Bagaimanakah syaitan itu menghalang dalam sholat;
2. Whudo’ : Kita mestilah cuba:-
(a) Membersehkan hati kita dari hasad dan dengki seperti mana kita memberseh kan anggota-anggota badan kita yang lain-lain;
(b) Menjaga diri kita agar berseh dari dosa;
(c) Supaya jangan membazir dalam menggunakan air;
3. Pakaian: Pakain kita hendaklah:-
(a) Yang diperolehi dari sumber yang halal;
(b) Yang berseh;
(c) menurut sunnah yakni mata kai (buku lali ) jangan ditutup;
(d) sederhana dan jangan yang – boleh menunjukan sifat pelagak dan pemegah;
4. Waktu: Kita hendaklah boleh:-
(a) memberitahu waktu yang betul pada sebilang masa;
(b) berwaspada akan azan setiap ketika;
(c) menitik beratkan waktu sholat kerana takut kalau-kalau terlambat
5. Qiblat: Ada tiga perkara yang mesti dipastikan semasa mengadap Qiblat:-
(a) Kita hendaklah mengadap Qiglat dengan jasad;
(b) hati mestilah selalu mengingati Allah kerana Qiblat hati ialah Allah
(c) Ta’atilah Allah seperti mana hamba menta’ati tuan nya;
6. Niat: Untuk ini kita perlukan perkara-perkara yang berikut ini yang mestilah dititik beratkan:-
(a) Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin akan sholat yang hendak ditunaikan;
(b) kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang mengadap Allah yang melihati kita;
(c) kita hendaklah yakin dengan sebenar benar yakin yang Allah s.w.t mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita;
7. Takbir tahrima: Keperluan takbir tahrima adalah:-
(a) Lafaz-lafaz nya hendakalah dilafaz dengan betul;
(b) Kedua-dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ketelinga.Ini menandakan bahawa kita sudah putuskan segala hubungan kita dengan segala-galanya kecuali Allah s.w.t.
(c) Kebesaran Allah s.w.t terasa didalam hati semasa melafaz “Allahu Akbar”.
8. Qiyam : Semasa Qiyam kita hendaklah :-
(a) Pandang ka tempat sujud;
(b) Rasa didalam hati bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah s.w.t;
(c) jangan ingat apa-apa;
9. Qara’at: Keperluan-keperluan Qara’at adalah:-
(a) membaca Qur’an dengan tajweednya;
(b) memikiri makna ayat-ayat yang dibaca;
(c) cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya;
10. Ruku’: keperluan-keperluan ruku’ adalah:-
(a) belakang kita mestilah lurus yakni seluruh badan atas dari kaki hendaklah lurus seperti satu garisan;
(b) lutut dipegang kukuh-kukuh dengan jari-jari direnggangkan;
(c) mengucap tasbih dengan penuh tawadhu’ dan kusyu’.
11. sujud : Keperluan-keperluan sujud adalah :-
(a) tangan diletak dekat dengan telinga;
(b) siku ditinggikan dari bumi;
(c) mengucap tasbih dengan penuh kyusu’;
12.Qaadah : Keperluan-keperluan Qaadah adalah :-
(a) duduk diatas kaki kiri sedang kaki kanan ditegakkan;
(b) mengucap tasyahud dengan khusyu’ serta mengingati makna nya kerana iamengandungi selawat atas Rasulullah s.a.w serta doa bagi saudara-saudara kita orang islam;
(c) menganggap salam sebagai ucapan salam kepada malaikat-malaikat juga kepada orang disebelah kanan dan kiri.
Sabagaimana yang telah dikatakan ikhlas adalah intisari bagi segala perkara maka ia menghendaki kita agar :-
(a) bersholat semata-mata mencapai keredhaan Allah s.w.t ;
(b) memahami hanya dengan rahmat dan rahim nya saja kita dapat bersholat;
(c) mengharap pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t .
Makna-makna lafaz dalam sholat.
Sholat adalah satu ‘amalan yang paling bahagia dan berkat.Setiap lafaznya mansifatkan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t .Iftitah yakni doa pembukaan sholat mengandungi erti yang paling sholeh lagi berbakti;
Jemala kita yang kita anggapa bahagian yang paling utama dalam tubuh kita dan mata,telinga,hidung dan lidah diletak diatas tanah didepan NYA dengan harapan bahawa DIA akan menunjukkan RahimNya serta menganugerahkan RahmatNYA keatas kita. berdiri dengan tangan kita berQiyam didepan NYA adal menunjukkan kehinaan kita kapadaNYA.Ini diperkuatkan lagi dengan kepala kita di tundukkan semasa ruku’ dan puncaknya tercapai apabila kita meletakkan jemala kita itu diatas tanah didepanNya .Sebenarnya keseluruhan sholat adalah tanda kehinaan dan kerendahan diri dan dari itu ia adalah satu cara kegairahan rohani.Semoga Allah s.w.t dengan limpah RahimNya menggerakkan daku dan sekelian orang islam mendirikan sholat yang demikian itu. Amin!
Catatan ini adalah berlandaskan kepada apa yang diperkatakan di KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD – KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk me
munafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUALAM
Omar r.a memberitakan bahawa baginda saw bersabda;”Tatkala adam alaihissalam telah terbuat satu kesalahan(yang dengan sebab itu baginda alaihissalam
telah di hantarkan dari syurga ke dunia ini maka baginda sentiasa berdoa beristgfar sambil menangis nangis).sekali baginda mengangkat kepalanya kearah langit
dan memohon:”ya Allah aku memohon keampunan kepada engkau dengan berkat sefaat Muhammad saw”.maka tuhan mewahyukan kapada nya:”siapakah
Muhammad saw ini,yang engkau memohon keampunan dengan berkatnya?”Baginda menjawab:Maha berkat nama engkau ketika engkau menjadikan aku,sekali
aku memandang ka a’rash mu dan aku terpandang tulisan pada nya la ilaha illa Allah Muhammadurrasullullah.dan aku telah yakin tiada siapa yang darjat nya
lebeh tinggi daripadanya pada sisi mu yang namanya engkau telah letakkan bersama dengan nama mu.lantas tuhan mewahyukan kapada nya: “wahai
adam,sesungguh nya dia adalah nabi akhir zaman dari keturunan mu.sekiranya tidak kerana nya maka sudah pasti aku tidak menjadikan engkau.”
Keterangan.
Pada masa itu apa dan bagaimana baginda adam alaihissalam memohon kepada Allah swt. Tentang hal ini ada bebagai bagai macam riwayat tetapi tiada sebarang perselisihan di antara riwayat riwayat itu.
Siapa yang di marahi atau dimurkai tuan nya maka dia sendiri yang mengetahui hakikat perasaan yang sebenar.apakah yang berlaku diatas diri saorang khadam atau pekerja yang dimarahi majikan nya,yang sama akan terfana disini?, sedangkan disana kemurkaan tuhan sekelian alam, tuhan yang maha agung,yang memiliki segala kerajaan dan yang di murkai itu mahkluk? ialah yang diperintah malaikat bersujud kepadanya yang dijadikan sebagai mahkluk yang terunggul yakni baginda adam alaihissalam.
Jika seorang yang amat dekat kapada seseorang maka amat terasa lah ia kecuali seseorang yang keadaan nya sama seperti kacang yang melupakan kulit.sedangkan baginda adam alaihissalam seorang nabi,maka bagaimana kah perasaan gundah gulana nya yang disebabkan kemurkaan tuhan itu dapat diduga manusia yang biasa.
Ibnu abbas r.ahma berkata bahawa baginda adam alaihissalam pernah menangis yang yang jika tangisan seluruh maknusia dikumpulkan maka ia tidak akan menyamai tangisan adam alaihissalm. sehingga baginda tidak mengangkat kepalanya selama empat puluh tahun.Buraidah r.a meriwayatkan bahawa baginda Muhammad saw pernah bersabda:sekiranya tangisan adam alaihissalam itu dibandingkan dengan tangisan seluruh maknusia maka pastilah tangisan baginda itu melebehi nya.
Didalam sebuah hadist menerangkan:
“Andaikata titisan air mata baginda adam alaihissalam itu di timbang dengan titisan air mata seluruh anak cucu nya,maka tangisan baginda lah yang akan memberati”.
Maka dalam keadan yang sedemikian itu bagaimana baginda bermunajat dan memohon pengampunan itu tidak munkin diduga maknusia,oleh itu tentang cara cara mengenai memohon pengampunan yang diterangkan dalam hadist tersebut diatas tidaklah terdapat kemuskilan apa apa pada nya.salah satu daripadanya ialah memonhon keampunan dengan berkat baginda nabi Muhammad saw.dan tertulis kalimat La ilah illa Allah Muhammadurrasullullahdi a’rash juga disebut dalam beberapa hadist yang lain.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila aku memasuki syurga (pada malam mikraj) aku melihat kedua belah syurga tertulis tiga barisan dengan tinta emas di barsan yang pertama:La ilaha illa Allah Muhammadurrasullulah. “tiada tuhan melainkan Allah Muhammad saw adalah utusan yang sebenar nya”
Di baris yang kedua:
“Ma qaddamna wajadna wama akkalna robihna wama khalafna khasirna”
ertinya:
Apa apa yang telah kami lakukan dahulu (didunia)berupa sedeqah dan lain lain nya telah kami perolehi.apa apa yang telah kami makan didunia telah menguntungkan kami.dan apa apa yang kami tinggalkan didunia itu telah merugikan kami.
dan dibarian yang ketiga:
Ummatun muznibatun wa robbun ghofur.
ertinya:ummat adalah berdosa tetapi tuhan adalah maha pengampun.
Diberitakan oleh seorang ahlullah bahawa beliau pernah sampai dibandar di India dimana ia melihat sebatang pohon buahnya se akan akan buah badam,buah itu mempunyai dua kulit,apabila di kupas disebelah dalam nya didapati sesuatu satu lapisan kulit lagi bewarna hijau dan bertulis pada nya tinta merah :La ilaha illa Allah Muhammaddurrasullullah.
beliau pernah menceritakan hal ini kapad abu yakkub sakari rahmattullah alahi.Abu yakkub rahmattulah alahi berkata:
kisah mu tidak lah menghairankan aku.aku pernah memancing dan memperolehi seekor ikan di Illiya (pelastin)yang tertulis La ilaha illa Allah pada sebelah telihga nya dan Muhammadurasullullah pada sebelah telinga yang lain.
(rujukan fadilat zikir karangan maulana zakaria rahmatullah alaihi )

