Archive for the ‘niat yang betul’ Category

Maksud ikhlas niat :

-Amal hanya untuk dapatkan keredhoan Allah

All practices purely to seek the pleasure of Allah

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.[Al Baqarah :271]

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.[Al Baqarah:274]

Didalam kedua2 ayat ini telah di puji pemberian sedekah secara sembunyi dan juga dengan cara terang terangan.dalam banyak hadith ada ayat2 Quran ‘riya yakni amalan untuk menunjuk nunjukkan kapada orang.Telah di cela dan telah diberitahu sebagai syirik dan bahwa dengan segala kebajikan itu akan terhapus dan dosa pula diperolehi.Oleh itu kenalah kita fahami amalan untuk menunjuk nunjuk kapada orang adalah satu perkara lain.Tidak semestinya satu amalan yang dilakukan terang terangan itu menjadi riya;Bahkan riya adalah satu amaln yang dilakukan untuk kebesaran diri,kerana kemasyuran diri,dan untuk menzahirkan kesempurnaan diri sendiri.dan untuk menghasilkan kemuliaan untuk diri sendiri.

-Sesungguh nya Allah tidak menerima satu satu amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas

(Abu Amamah/ hr Nasai 3142/ 11mh)

(Anas bin Malik/ hr Thabrani/ sohih 10-635/ 57mh)

Periksa Niat;

Sesungguhnya keikhlasan itu saja yang di pentingkan disisi Allah s.w.t. amalan-amalan manusia akan di nilai menurut keikhlasan mereka masing masing.Menurut tinjauan ulama ulama taksir hakikat keikhlasan itu ialh supaya perbicaran manusia dapat disesuaikan dengan amalan nya.Di terangkan dalam sabuah hadith bahawa yang menegah manusia itu daripada melakukan kemaksiatan itulah keikhlasan yang sebenarnya.

Dalam kitab bahjatul Nufus ada di ceritakan bahwa ada seorang raja yang paling zalim lagi kejam.Ada sekali dibawa minuman keras untuk raja itu dengan sebuah kapal.Dengan tak semena mena muncul lah seorang hamba Allah dikapal itu,lantas ia memecah kan tempayan2 yang berisi minuman2 keras itu. Hanya satu tempayan saja ditinggalkan nya.Dikapal itu tiada saorang pun yang berani menegah perbuatan nya itu.Orang ramai yang berada dikapal itu teperanjat benar manakala peristiwa itu berlaku kerana bimbangkan kekejaman dan kezaliman raja itu.”sungguh berani orang itu berbuat demikian., kata mereka.peristiwa itu disampaikan kapada raja tadi.pada mula mulanya raja turut teperanjat kerana perbuatan yang ganjil itu,katanya “mengapa ia berani berbuat demikian?”jawab nya,Aku bertindak demikian kerana desakan hatiku.Jika aku bersalah perbuatlah terhadap hamba ini apa saja yang kamu suka.”lalu ditanya kembali kepada nya, “baiklah kalau begitu kenapa kamu tinggalkan yang satu tempayan ini?’ ia menjawab “dahulu aku memecahkan tempayan2 yang berisi minuman keras itu kerana desakan kegairahan terhadap ugama islam, kemudian apabila tinggal hanya satu saja maka hati ku menjadi gembira dan bangga kerana aku berjaya membasmi perbuatan yang keji itu,kini jika aku memecahkan tempayan yang satu lagi ,maka munkinlah yang ditinggalkan itu menjadi kerana hatiku sendiri,lantaran itulah aku tinggalkan nya.”Lantas siraja berkata,”biarkanlah dia kerana dia didominir oleh satu kuasa yang luar biasa”

-selalulah menceritakan atau memperkatakan akan pentingnya ikhlas dalam amalan dan berdoa terhadap Allah supaya kita perolehi hakikat keikhlasan itu.

-(fadhilat zikr ms253-254)

Huzaifah r.a berkata bahawa apabila Rasul Allah s.a.w. tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas baginda sholat,sholat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t. Bersholat ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama besegera mencari rahmat Allah s.w.t. dan apabila rahmat Allah s.w.t. itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas bekas kesulitan itu tak akan ada lagi.

Memang ada banyak hadis mengenai amalan amalan Rasul Allah s.a.w seperti ini,demikian juga ada banyak amalan para shahabat yang mengikut amalan amalan nya yang hingga sekecil kecil nya pun.

Kata Abu Darda r.a “Apabila angin kencang meniup Rasul Allah s.a.w. segera masuk ke masjid dan baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersholat

Shohib r.a. telah diberitahu oleh Rasul Allah s.a.w. bahawa para Rasul Allah yang dulu dulu pun pernah bersholat juga semasa menghadapi kedurjanaan.

Sedang didalam satu perjalanan ibnu Abbas r.a.huma menerima berita kematian anak nya.beliau turun dari unta nya dan sholat 2 rakaat sambil berdoa beberapa lama dalam tasyahud.kemudian beliau mengucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”seraya berkata.”aku telah melaksanakan apa yang Allah s.wt. telah perintahkan ku melaksanakan nya di dalam kitab yak ni:

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;[Albaqarah ;45]

Satu lagi riwayat yang serupa di beritakan mengenai beliau ialah dalam satu perjalanan beliau telah menerima berita mengenai kematian saudaranya yang bernama Qusum r.a. Beliau turun dari unta nya lalu sholat 2 rakaat ditepi jalan serta berdoa beberapa lama dalam tasyahud.setelah selesai bersholat beliau tunggangi semula untanya sambil membaca ayat Quran yang berikut;

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;[Al baqarah:45]

A’bdullah ibni Salam r.a. menceritakan,apabila keluarga Rasul Allah s.a.w tertimpa sesuatu kesusahan rasul Allah s.a.w. akan memerintah mereka bersholat dan membaca ayat Quran yang berikut ini;

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.[tho ha ;132]

Dalam sebuah hadis ada tersebut bahawa apabila seseorang tersua dengan sesuatu hajat,sama ada mengenai kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat atau hajat itu mengenai Allah s.w.t atau hambanya.maka hendaklah dia mengambil whudu’ yang sempurna, sholat dua rakaat ,memuji Allah s.wt. dan menselawati Rasul s.a.w. selepas itu berdoa dengan membaca doa ini.

Laa ilaaha illa allahul halimul karim

subhanallahi robbil ‘arsyil ‘azim

alhamdu lillahi robbil ‘alamin

as aluka mujibaati rahmatika

wa’azaaa ima magfirotika

wal ghonimata min kulli birrin

was salamatan min kulli ismin

la tada’ lana zanban illa ghofartahu

wala hamman illa farrajtahu

wala hajatan hia laka redhon illa qodai taha

ya arhamurohimin.

ertinya;

Tak ada tuhan melainkan Allah yang maha pemaaf lagi maha pemurah

Maha suci Allah tuhan yang mempunyai a’ras yang besar

segala puji bagi Allah tuhan semesta alam

Aku memohon kapad mu segala yang menyebabkan aku memperolehi rahmatmu dan keampunan mu,

dan memperolehi keuntungan dari segala kebajikan

dan kesejahteraan dari segala dosa

jangan lah engkau tinggalkan bagi ku akan sesuatu dosa

dengan tidak engkau mengampuni nya

dan sesuatu kegundahan dengan tidak engkau melapangkan nya

atau menghilangkan nya

dan sesuatu hajat yang engkau redhoi yang tidak engkau penuhi

terima lah wahai tuhan yang maha rahim.

Wahab bin Munabbah menulis,”mohonlah segala hajat mu agar di makbulkan.oleh Allah s.w.t. menerusi sholat.”kalau sesuatu bencana menimpa manusia dimasa dahulu,mereka lekas lekas pergi ke masjid mengerjakan sholat.

firman Allah;

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).[An Naml ;62]

أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya[An Naml;63]

أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar “.[An Naml ;64]

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).[An Naml ;65]

Catatan ini adalah berlandaskan kepada apa yang diperkatakan di KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD – KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk me
munafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUALAM

Jujur dan Niat yang betul:
Semasa saya berada dalam satu majlis ulamak Hadrat maulana Innamul Hassan rahmatullah alaihi semoga Allah menerang kan pusara nya sabagaimana beliau menerangkan hati peserta majlis khas dan umat islam yang mengikuti jejak beliau amnya Insya Allah.!
Di penghujung majlis, beliau berdoa ,Diantara doa yang dilafazkan ialah agar kami mendapat pemikiran yang baik(cara berfikir dan disusuli tindakan yang betul yang mendapat keredhaan Allah)yakni jujur dan niat yang betul.
Berkenaan hal ini saya teringatkan satu kesah yang diceritakan oleh Maulana Zakaria rahmatullah alaihi juga semoga Allah terangkan pusara nya .Didalam kitab karangan beliau ia itu kelebehan zikir “ia mengesahkan bagaimana se orang abid (ahli ibadah)yang didatangi penduduk kampung yang mulai bimbang akan tindakan segelintir masyarakat kampung tersebut yang terjebak dalam perbuatan syirik yakni menyembah pokok.Satelah mendapat tahu akan perkara tersebut Siabid mengambil sabilah kapak dan bergegas katempat itu bertujuan menebang pokok yang dikatakan oleh penduduk kampung menjadi punca segelintir masyarakat kampung menjadi syirik yakni menduakan tuhan kerana beranggapan pokok tersebut dapat memberi apa yang mereka hajatkan.,

Dalam perjalanan dia menemui seorang tua (syaitan yang merupakan diri sebagai maknusia )orang itu bertanya”wahai abid kamu hendak kemana”saya mahu ketempat yang dikatakan ada orang yang menyembah pokok,yang tindakan mereka akan mendapat kemurkaan tuhan dan tuhan tidak akan mengampunkan atas tindakan mereka itu”"saya mahu menebang pokok tersebut”.

Orang itu menahan siabid itu bagi meneruskan tujuan yang murni itu,Apabila rundingan terbantut si abid bertegas juga mahu melaksanakan juga tujuan nya,
maka terjadilah perkelahian diantara mereka berdua ,dan si abid dengan mudah dapat mengalahkan orang itu dengan menduduki dada nya.Apabila dirayu, siabid tadi melepaskan orang itu,orang itu tidak berpuas hati lalu terjadi perkelahian yang kedua,pun dengan mudah si abid dapat menguasai perkelahian itu dengan menduduki dadanya,kali ini syaitan yang menyamar sa bagai maknusia itu merayu lagi dan kali ini beserta tawaran.”"buat apa susahkan diri kamu, nanti apabila kamu kembali kerumah kamu,kamu akan dapati dua keping wang emas berada dibawah bantal kamu,dengan dua keping wang emas kamu boleh selesa beribadat dan selebehnya kamu boleh bersedekah membantu orang yang perlukan bantuan,itu pun satu amalan yang mulia juga,tentang hal orang yang menyembah pokok tersebut biarkan lah nanti ada lah orang yang menguruskan nya”.
Dua keping wang emas yang dijadikan ‘umpan’ oleh syaitan yang menyamar sebagai maknusia itu telah termakan oleh si abid itu..lalu dilepaskan orang itu siiabid pun pulang kerumah,pada keesokan hari si abid mendapati dua keping wang emas dibawah bantalnya seperti yang dijanjikan.Namun hal dua keping emas itu cuma berlaku dua hari sahaja ,hari yang ketiga si abid tidak melihat apa apa dibawah bantal nya ,bila dia sedar yang dia telah di tipu dengan perasaan marah lalu mencapai kapak.tujuan nya hendak menebang pokok yang dahulu.Dalam perjalanan siabid ditahan lagi oleh orang yang sama,bertanya perkara yang sama ,kemana kamu hendak pergi,apabila diberitahu orang itu ketawa sambil berkata kali ini kamu tidak dapat menewaskan aku.maka terjadilah perkelahian diantara orang tersebut dengan siabid itu.

Memang betul orang itu telah dapat menduduki dada si abid dengan mudah.siabid merasa hairan mengapa kali ini dia pula dikalahkan sedang kan pada kali pertama dulu siabid dapat menewaskan orang itu dengan mudah.”orang itu tersenyum lalu berkata “dahulu kamu dapat menewas kan aku kerana tujuan kamu supaya mereka dapat diselamatkan dari menduakan tuhan(dengan menyembah pokok)semata mata atas kesedaran kamu ianya adalah perintah Allah dan Allah telah menunaikan janji nya,sebagaimana janji nya akan menolong orang yang menolong ugama nya,tetapi kali ini kamu nak tebang pokok itu sebab kamu marah,! kerana kepingan emas tiada lagi dibawah bantal kamu”kamu bertindak kerana kamu marah.,Dan bukan lagi kerana Allah,siapa yang dapat membantu kamu kali ini”
(Semuga Allah memelihara kita dari kejadian ini saya merasa bimbang juga..)
Saterus nya Maulana ilyas rahmatullah alahi (semoga Allah menerangkan pusaranya)mengatakan ummat Muhammad pun kini berada didalam penyakit yang sama,Didalam ibadat ibadat, mereka juga menjadikan adat resam sahaja.sahinggakan pelajaran ugama yang menjadi asbab pengislahan(membaiki) seluruh keburukan demikian juga telah menjadi adat sahaja________

Tetapi oleh kerana salsilah keNabian telah tamat,Kerja kerja kenabian telah di berikan kepada ulama ulama ummat ini yang menjadi pembantu kepada nabi saw.dan telah menjadi fardhu kepada mereka untuk memberi tumpuan yang khusus bagi pengislahan kapada keadaan yang sesat dan fasad ummat ini.Dan asbab untuk melaksanakannya adalah niat yang sahih kerana ibadat akan menjadi adat resam sahaja jika sifat lillahiat iaitu kerana Allah dan sifat perhambaan tiada.Dan dengan kesahihan niat amalan amalan akan memperolehi arah yang betul kapada Allah dan ditempat adat resam akan datang hakikat ibadat ,pada masa itu setiap amalan akan memperolehi sifat kerana Allah dan sifat perhambaan kapada Allah.______Kesimpulannya maknusia mestilah ditarik perhatian nya kapada niat yang sahih.Ulama ulama dan mereka yang BERUGAMA berkewajipan untuk menanam sifat lillahiat dan hakikat didalam amalan maknusia seluruh nya.

AmalanMalam

addukhan
 
Tabarokallazi

Istimak2009

Assalamualaikum

Ini ada rakaman audio tentang bayan (penerangan dari Maulana)Yang berlangsung selama 3 hari di ijtimak Nilai pada 10,11,12/09/2009 tempoh hari ,sesiapa yang tak berkesempatan boleh lah mendengar disini.

Terjemahan-bayan-magrib-maulana-mohamad-lat-9.7.2009

Bayan Suboh 10.9.09 Maulana Saad di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib[selepas ijtimak] Maulana Saad [12.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan hidayat Maulana Saad 12.7.09 di terjemahkan oleh Maulana Azim

Bayan Maghrib Maulana Saad [11.7.09] di terjemahkan oleh Maulana Azim

ps~hati hati ada popup,ma'alumlah saya menggunakan web percuma !!
Terima kaseh
MariBertaranum

Mari bertaranum 1
 
Mari bertaranum 2
 
Mari bertaranum 3
 
Mari bertaranum 4


Tulisan yang lepas
September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

segala pertanyaan alamat kan kapada
infougama@wangkita.com