Posts Tagged ‘lamanweb’
Kunci kepada laman web yang baik.
Pentingnya kemas kini:
Salah satu implikasi menguruskan laman web yang bagus, adalah untuk menjaga pengunjung
laman web. Sebuah laman web pasti diciptakan untuk suatu tujuan,
melainkan direka untuk kegunaan peribadi, yang merupakan minoriti.
Sebagai contoh, sebuah laman portofolio yang ingin dikunjungi dan kandungannya dilihat.
Untuk syarikat dan perniagaan internet, laman web anda tentu bertujuan untuk menyediakan
maklumat produk, untuk membuat penjualan, atau yang serupa dengan nya.
Namun, kebanyakan orang lebih suka rekaan yang menarik perhatian mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa ini boleh dilakukan,
tetapi kita perlu juga meletakkan kaki sendiri dalam kasut orang lain,
contohnya seperti untuk memahami apakah fikiran yang ada didalam minda pengunjung,
lakukan dan bertindak balaslah.
1) Pencarian (navigation)
Seperti yang di katakan, seorang pereka web harus belajar bagaimana cara pengunjung berfikir.
Situasi A: Laman web mempunyai ruangan pencari (navigation) yang baik (2-3 hyperlink ke laman yang disasarkan)
, dirancang dengan teliti dalam hal penempatan, dan rekaan.
Situasi B: Laman web mempunyai ruangan pencari (navigation) yang tidak baik
(sukar bagi pengunjung untuk mencapai / laman sasaran-nya), sukar dibaca dan
butang navigation Tak jelas.
Dalam Situasi A, pengunjung akan mudah mengakses laman yang disasar. Sebagai contoh,
individu datang di laman web anda, dan tertarik pada produk yang dijual,
tetapi ingin mendapat maklumat lanjut. Dia mendapati pencarian (navigation) tanpa
susah memasuki laman maklumat produk tertentu.
Sedangkan Situasi B, pengunjung ke laman web, ingin mengetahui lebih lanjut maklumat
mengenai produk. Sayangnya, kerana sukar membaca kerana huruf terlalu kecil dan sebagai nya
, pengunjung gagal menjumpai panel pencarian (navigation).
Bahkan ketika dia melakukan nya, link ke maklumat produk yang tak ditemui,
(contoh: home> tentang> produk> image produk> dsb … [lebih banyak klik]>
maklumat tentang produk).
Analisis: Dalam kedua situasi, mana satu yang lebeh baik? tentulah Situasi A lebih
bermanfaat .


